Bapa Komunis Terkejut Berok Dengan Satu Das Tembakan

Lihat senapang bapak komunis terkejut berok 
Dengan kenyataan ringkas Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosoalis Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP dan JI cuba meresapi Pas.

Bapa komunis ini "terkejut berok" kononnya memandang serius dengan kenyataan tersebut. Podah la woi..kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Ini kenyataan Bahagian Risikan, bukan suka-suka berkata tanpa ada alasan yang kukuh. Cuma mungkin belum ada bukti yang benar-benar jelas untuk mengheret yang berkenaan kemuka pengadilan.

Kenapa melenting dengan memaksa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein untuk menjelaskan kewajaran, membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara ini kepada orang ramai. Katanya lagi Najib dan Hishammuddin perlu menjelaskan mengapa memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas berita yang sukar dipercayai ini.

Sukar dipercayai apa ke bendanya, janganlah hendak berselindung disebalik telunjuk, Korang pergi berselindung disebalik gunung pun kelibat dan bayangan korang ni semua dah tahu dan nampak. Apa korang ingat rakyat tak ada mata ke? 


Mungkinkan ini yang dimaksudkan 'Bapa Komunis'?
Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota JI dan komunis yang dikatakan cuba meresapi parti-parti pembangkang tersebut. Alahai..saborlah bro lambat laun perkara ini akan dibongkarkan dengan penangkapan individu-individu yang berkenaan. Nak desak buat apa? Pihak polis tahulah kerja mereka.

Dalam dakwaan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosialis Bukit Aman, juga mengatakan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan Selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) disana.

Seterusnya menurut wikipedia PSM merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia yang merupakan parti serpihan Parti Rakyat Malaysia (PRM) kerana tidak berpuas hati parti itu menggugurkan pakatan 'sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM)


Sekali lagi jangan dicabar untuk pihak polis mendedahkan perkara ini kerana sememangnya akan didedahkan dengan secepat mungkin melalui tangkapan kepada mereka-mereka yang terbait setelah segala maklumat terkimpul dengan bukti atas nama kebenaran..sabor le kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Cala Huala adalah sejenis herba tradisional Peru dan perumusannya telah berkesan membantu beribu-ribu orang yang berpenyakit. Ia boleh...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...