Kemakmuran Dan Ketenteraman di Malaysia Kian Tergugat

Lambang Parti Komunis Malaya
 Sebenarnya ramai sangat yang tidak menyedari, kemakmuran dan ketenteraman serta kedamaian di Malaysia ini kian tergugat. Orang ramai khususnya semua rakyat di Malaysia ini perlu menyedari akan hakikat ini. Langkah pertama jangan lekas menerima dan membuat keputusan dari segala dakyah dan hasutan, dari pihak-pihak yang berkenaan. Berbagai pihak ini mereka bersembunyi disebalik nama NGO dan jika tidak keterlaluan dikatakan juga sudah menular dengan nama parti.

Orang ramai perlu mengambil masa yang lama dan janganlah membuat segala keputusan dalam masa yang singkat, apabila menerima sesuatu perkara dalam bentuk dakyah dan propoganda. Semuanya ini adalah muslihat dari pihak-pihak berkenaan yang memperalatkan diri kita semua untuk kepentingan serta matlamat hala tuju dalam rangka ciptaan khas yang telah mereka aturkan. Apabila nampak yang tersurat anda nilaikan dan mesti ada yang tersirat anda perlu membuat kajian, maka jawapannya akan kita perolehi dari berbagai aspek didalam kajian kita itu.


Dari berbagai-bagai dalam laporan media sebelum ini telah menceritakan perkara-perkara tertentu, tentang wujudnya terdapat individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis dan pengganas Islamiah (JI). Mereka berusaha meresapi parti-parti politik tertentu @ parti pembangkang kerana mereka tahu didalam kepimpinan parti-parti pembangkang ini ada maksud yang jelas ingin mengambil tampok kepimpinan di negara kita Malaysia ini dan ada juga parti yang memusuhi parti pemerintah di negara ini sejak dari awal perebutan tempat ketika dizaman Perdana Menteri yang pertama iaitu dizaman pemerintahan Almarhum Tunku Abdul Rahman. (Parti ini adalah PAS)


Semuanya jelas kepada kita jika mahu berfikir, maka kita akan nampak akan kebenaran apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP dan JI cuba meresapi PAS.


Lihatlah apa yang tertera
Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang alik ke Bangkok dan Selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) disana. Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan  (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadipi piliharaya.


Gerakan ini sebenarnya bertujuan melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah.


Perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau yang dianjurka pihak yang disokong oleh pembangkang, baru-baru ini jelas merupakan rancangan yang diatur 'KHAS' sehingga pilihanraya akan datang. Dalam hal ini kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO kerana rakus inginkan kekuasaan mereka sanggup berbuat apa sahaja demi matlamat mereka tercapai.


Kita perhatikan parti pembangkang sentiasa membakar sentimen rakyat! agar membenci kerajaan sehingga menjelang pilihanraya. Apabila kebencian rakyat sudah membuak-buak, maka PKR yang rakus untuk ditempat pertama sebagai PM Malaysia dan PAS ada agenda tersembuyi mereka, akan tetapi pegikut-pengikut Pas tidak akan dapat apa yang mereka idamkam didalam yang tersirat itu, kerana kedudukan Pas didalam Pakatan Haram apalah sangat!

Sikap parti yang paling bijak dalam hal ini adalah DAP, mereka jika kita lihat boleh dikatakan lansung tiada menonjolkan diri namun, jarum-jarum ahlus mereka (DAP) sentiasa ditusuk ke 'BONTOT' PAS dan PKR. Maka kelak yang rugi diakhirnya nanti adalah bangsa Melayu itu sendiri. 'INGATLAH WAHAI BANGSA MELAYU, PANDANGLAH OLEHMU AKAN JENERASIMU DIMASA AKAN DATANG' apakan jadi kalau Melayu dimasa itu hanya tinggal 'NAMA'

by:
Mohd Noor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular