55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

PAS sembunyikan fakta untuk menipu rakyat

 PAS selama ini menyembunyikan fakta kebenaran, dan sentiasa menjadikan ianya sebagai isu besar serta memburukkan kerajaan Pusat serta sekali gus meracuni fikiran rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional, yang kononnya bersikap zalim merampas hak rakyat Kelantan iaitu tentang royalti minyak. Sehingga kini masih diungkit-ungkit oleh mereka yang tidak tahu akan keaadan yang sebenar. Yang mereka tahu hanya terima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh PAS kepada mereka dan terus percaya tanpa usul periksa.

Bermula dari inilah PAS masih kekal menerajui kerajaan negeri Kelantan sehingga sekarang. Seluruh rakyat kelantan teramat geram kononnya benarlah apa yang dikatakan oleh PAS kepada mereka. Kelantan boleh maju dan membangun jika royalti minyak dikembalikan kepada mereka. Adeh..adeh.. siapa yang ambil hak rakyat kelantan ini? apa benda yang kerajaan pusat telah ambil? malah sepatutnya rakyat kelantan perlu bersyukur dapat juga wang ikhsan..itupun entah macam mana boleh dapat wang ehsan tersebut!!

Lihat lah dulu map ini dan fahamkan betul betul
Nah lihat, inilah yang diputar belitkan oleh PAS kepada rakyat kelantan, rakyat Malaysia termasuklah mungkin juga Nik Aziz yang tertipu. Sehinggakan suatu ketika mereka yang tergolong dari penganut hamPAS ini buat sembahyang hajat minta pemimpin serta orang UMNO pecah perut, sebaliknya lain pula yang pecah.

Berbagai-bagai kes yang pecah termasuk tembelang Anwar Ibrahim kes liwat, kes cinadoll dan juga kes kenyataan terang-terangan Anwar menyokong Yahudi. Dua sebab kenapa Kelantan tidak layak dapat royalti minyak:

1) Isu Jarak = Memang claim royalti out sebab terlebih jarak.
2) Isu Lokasi = Kawasan tersebut turut milik Thailand

Masalah bukan saja jaraknya, tapi juga tentang lokasinya. Lokasi minyak yang asyik dihebohkan oleh PAS itu terletak disempadan Thailand, ia dipanggil Thailand Join Authority (MTJA) disini:- http://www.mtja.org/notification.php Jika hendak sangat royalti kenalah ada persetujuan Thailand juga. Dalam Petroleum Act kita menyatakan, negeri boleh dapat royalti JIKA semuanya berada dalam perairan Malaysia sepenuhnya?

Sebab bertindih dengan Thailand, sebab itulah ia jadi MTJA, maknanya Kelantan kena minta dari MTJA. Very straight forward. Lokasinya disempadan yang turut di claim oleh Thailand, jadi tiada peluanglah royalti minyak untuk Kelantan sebab tidak seperti Petroleum Act yang menyatakan jika berada dalam perairan Malaysia.

Inilah sebabnya mengapa negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan terengganu boleh dapat royalti tetapi Kelantan tak boleh dengan begitu sahaja. Sebab lokasinya adalah pertindihan dengan Thailand. Kelantan kena selesai dengan MTJA dulu. Baru boleh sembang pasal royalti, maklumlah kerajaan BN bukan perintah di Thailand..har..har..har ini diatas map lokasi untuk rujukan.

Map untuk rujukan
 Ini lokasi / koordinat asal paip yang dihebuhkan oleh puok-puok PAS kelentung sampai ke Songkla tu, paip tu datang dari mana? datang dari MTJA, MTJA siapa punya? Kelantan punya ka? kwang..kwang..kwang!!! Memang payah Kelantan hendak dapat royalti. Kena settle dengan MTJA dulu.


Map ini cukup jelas memberi tahu bukan sahaja Kelantan malah rakyat Malaysia umunya, Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya dan Thailand juga adalah pelabur juga dalam pembangunan kawasan JDA ini. Clear cut dalam Petroleum Act 1974 dibawah tajuk Ownership, perkara 2, barisan 3 - Dalam perairan Malaysia sepenuhnya? TIDAK!! Ia adalah milik usahasama MTJA!! jadi adakan Kelantan berhak? TIDAK!! Kelantan kena selesai dahulu dengan MTJA baru boleh sembang pasal royalti


Lagi map untuk rujukan
Rasa-rasanya gerenti PAS tidak pernah tunjuk benda ini kepada rakyat Kelantan. Ini adalah keratan rentas (cross section) Geologi iaitu JDA dikawasan bertindih. Cuba lihat minyak yang bertakung area A-18 ini, itu bersambung terus dari Thailand. Thailand ada hak claim yang cukup kuat.

Lagi map untuk difahami
Nah ini dia yang PAS cerita pasal share Petronas Carigali Hess - PC JDA Ltd itu sebenarnya adalah KONTRAKTOR disini:- http://www.mtja.org/contractors.php Bukannya apa pun, apa kena mengena dengan royalti minyak? itulah kalau dah dasar suka kelentung rakyat, jadi ertinya PR dan Fitnah berjalan seiring..!!

Ini carta organisasi MTJA, Blok A18 itu bawah siapa? Bawah Pengurusan MTJA siapa kepala dia? Mr. NOPADON MANTAJIT dan Y. Bhg. Dato' NORIYAH BTE AHMAD. Adakah Petroleum Act 1974 termasuk dengan kawasab bertindih?

Perjanjian MTJA ini dibentuk pada 1979. Zaman itu masih zaman BN, tapi apahal masa BN perintah Kelantan pun tak dapat? Sebab apa? Ku Li yang sign agreement Petroleum Act 1974 dan Ku Li juga yang terlibat juga dengan MTJA. Jadi apa pasal dia tak fight masa tu? Apa pasal PAS tak lawan masa 1990, kenapa baru sekarang? cuba tolong cerita sikit. Semua ni temberang sahaja jelah dari PAS sepatutnya mereka bersyukur dapat wang ehsan, kalau ikutkan memang tiada hak pun.

Sebenarnya isu ni straight forward, cuma putar belit PAS dan PR je. Petroleum Act 1974 libatkan dua parti iaitu Federal dan State. Tapi kalau bertindih dengan negara lain, parti-parti yang terlibat jadi tak samalah dan Perjanjian Petroleum Act 1974 automatik obselete. Itu pasalnya kita tahu PR ini pembelit. Maka perjanjian dia jadi lain. Kalau Kelantan serious hendak royalti bukan buat kecoh dengan Petroleum Act 1974, tapi kena pergi settle dengan MTJA itu, cakap baik-baik insyaAllah dapat, bukan dengan perangai hamPAS yang semula jadi dengan maki hamun. Jawabnya orang tengok 'BRAND' pun dah benci.

Lagi untuk rujukan
 Royalti dengan kos operasi, yang mana lebih besar? Semestinya kos operasi. Minimum kos operasi Petronas ini adalah dalam 70% dari kos TOTAL penjualan minyak. Kalau Kelantan dapat ceduk 30% dari kos operasi Petronas dari sudut cukai tanah, cukai perniagaan, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dengan Petronas kan lagi lebih besar dari royalti itu yang belum tentu dapat? Apa susah, bagi je Tok Bali itu pada Petronas, dia orang pacak je tiang, dah masuk duit. Tapi pada siapa kerajaan PAS Kelantan bagi?


PAS bagi pada penipu yang kata akan beri derma 4 Billion pada Kelantan, tapi sekarang apa sudah jadi? Mana projek O&G yang dijanjikan. Petronas depan mata PAS tak nampak..offer lah..tak payah nak maki hamun macam orang bangap lagi bodoh tolol!! macam tu ke nak meniaga? hebat cara Pas Kelantan nih..!!

Wakil dari MTJA 

 Jadi kesipulannya mudah, apa hak Kelantan? apa hak Pas? yang asyik kelentung!! sebenarnya Kelantan kena bijak, kalau dah tahu royalti tak ada peluang nak dapat, kena 'kaw tim' lah beb..buat secara profesional denganPetronas untuk beroperasi di Kelantan. Tak perlu royalti tu, royalti nak banding dengan kos operasi, kos operasi jauh lebih tinggi, kalau Petronas labur kos operasinya di Kelantanlagi baik untuk rakyat kelantan.


Bermacam-macam boleh diperolehi dengan adanya kerjasama tersebut, dengan peluang pekerjaan dan perniagaan dan tak payah nak gaduh-gaduh. Kalau pemimpin PAS cakap macam 'BADUA' dok maki hamun macammana lah nak tarik minat Petronas labur bisnees di Kelantan?


Psstt..jelaslah semua kepada kita PAS hanya tahu bercakap dan tak tahu buat kerja, Pas hanya tahu bercakap tapi mereka sendiri tak tahu apa yang mereka cakapkan. Yang mereka tahu maki hamun dalam ceramah 'CELAKO..CELAKO'

1 ulasan:

  1. kesian... becakap hanya dengan panduan apa yang dapat di internet.... hahahhahaha tak bijak lansung bunyinya.... lain kali cuba tanya org yang berkerja di syarikat operasi tu.... hahahhahahha kesian......

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E