Kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi Biro Buruh DAP yang mana menyatakan menerima aduan daripada penjawat awam yang dikatakan ketakutan apabila diancam dengan kenyataan yang datangnya dari pihak kerajaan kepada penjawat awam. Mungkin pemimpin buruh ini mabuk daun ketum agaknya apabila tidak melihat sumbangan yang diberikan oleh kerajaan terhadap penjawat awam dalam Negara ini. Sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka mahupun dari kalangan penjawat awam terdapatnya penyokong tegar DAP.
Menurut Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, tujuan jawatankuasa itu diwujudkan adalah untuk mempertahankan mana-mana penjawat awam yang menerima tekanan untuk mengundi mana-mana parti politik tertentu menjelang pilihan raya umum ke-14. Mungkin Naib Pengerusi Biro ini masih lagi bermimpi disiang hari, apabila dalam keadaan mamai beliau lupa dengan ancaman yang dibuat oleh Tony Phua terhadap cadanagan DAP untuk melakukan pengurangan kuantiti penjawat awam.
Hal ini diperkatakan sendiri oleh Tony Phua selaku Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, mencadangkan untuk mengurangkan pejawat awam sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Perkara ini turut telah disiarkan dalam banyak portal dan akhbar termasuk Sinar Harian dan juga portal media elektronik. Jadi penafian apakah yang mahu dilakukan oleh Naib Pengerusi Biro Buruh DAP ini. Cukup cukup lah mahu melindungi agenda jahat DAP untuk memusnahkan periuk nasi rakyat.
Bukan itu sahaja, malah Jeff Oii juga turut mengeluarkan kenyataan dimana beranggapan bahawa taraf penjawat awam yang ada di Malaysia ini hanya seperti “kucing Kurap” dan dianggap golongan yang pemalas. Tidak cukup dengan penghinaan tersebut, cadangan untuk mengurangkan separuh daripada penjawat awam di Malaysia juga dicadangkan oleh DAP bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang telah dianggap satu pembaziran wang Negara. Biro Buruh DAP mungkin tidak lagi sedar bahawa DAP adalah musuh kepada penjawat awam dalam Negara ini setelah ianya diwujudkan sendiri oleh DAP sendiri. Untuk DAP melindungi hak-hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal.
Kedangkalan untuk memberikan cadangan yang koleltif oleh pemimpin DAP ini sekali gus menunjukkan betapa Negara akan hancur dan peningkatan kemunduran akan berlaku dalam Negara. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi setelah kita melihat betapa Pulau Pinang dan Selangor dalam keadaan tenat sekarang. Ketenatan Pulau Pinang dan Selangor dapat dilihat dengan peningkatan defisit yang hampir mencecah RM1 billion sekarang susulan kegagalan mengurus oleh kedua kerajaan negeri ini. Penurunan kadar kesihatan, kebersihan serta ketidakcekapan tindakan untuk melaksanakan janji pilihanraya yang sebelum ini.
DAP dan pakatan pembangkang yang lain tidak mampu untuk memenuhi keperluan rakyat walaupun setelah 8 tahun memerintah kerajaan negeri. Malah semakin banyak penyelewengan dan penipuan terhadap hak rakyat yang bernilai berbilion ringgit dilakukan. Selangor dan Pulau Pinang sedang menghadapi isu skandal yang amat parah sekarang dimana banyak ketirisan yang sedang dan telah berlaku dengan amalan kronisme , nepotisme yang diamalkan sehingga ianya menjejaskan indeks rasuah Negara susulan penyiasatan dan tangkapan dilakukan.
Penjawat awam dalam Negara sekarang sedang dalam keadaan dilemma apabila ada cubaan oleh pihak pembangkang DAP yang berniat untuk menakut-nakutkan mereka dengan ancaman untuk menutup periuk nasi penjawat awam dengan dasar yang bakal mereka laksanakan apabila menang kelak. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman seharusnya terus mengeluarkan kenyataan agar penjawat awam dalam Negara ini agar tidak mengambil risiko yang besar dalam pengubahan dasar Negara
Jangan hanya kerana sedikit kekurangan yang belum sampai masanya untuk dipenuhi oleh kerajaan dan hak-hak demokrasi mana-mana penjawat awam dalam Negara ini akan terus dijamin oleh kerajaan selagi kerajaan memerintah sebagai mana sekarang. Biro Buruh DAP harus ingat bahawa agar jangan bercakap apa yang mereka tak tahu. Sektor awam ini peranannya untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat sebagaimana yang dikatakan oleh DAP.
Kena ingat, untuk meningkatkan kecekapan dan tahap efisyen penjawat awam ini, kita mesti ada jumlah kakitangan yang wajar. Disamping itu perlu ditingkatkan teknologinya agar pencapaian itu cekap dan berkesan, Negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak melihat jumlah penjawat awam sebagai beban malah menganggap kakitangan tersebut merupakan aset terpenting dalam melaksanakan tugas-tugas kementerian.
Percayalah, tanpa teragak-agak, sebagaimana sekarang kerajaan akan bertindak dalam apa jua cara untuk membela nasib kakitangan awam dan memelihara prinsip-prinsip demokrasi ke atas semua warganegara Malaysia. Sebagai tambahan pengetahuan kepada Naib Pengerusi Biro Buruh DAP ini, adalah diperjelaskan bahawa Malaysia sebenarnya ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan nisbah penjawat awam kepada masyarakat.
Kekurangan ini merangkumi guru kepada pelajar. Nisbah profesor kepada penuntut institut pengajian tinggi. Nisbah hospital dan doktor dengan rakyat. Jumlah doktor pakar di hospital kerajaan, begitu juga di hospital daerah. Banyak nisbah yang belum kita penuhi. Justeru itu tidak perlulah lupa dengan jerat yang telah dipasang sendiri oleh pemimpin DAP dengan cuba memerangkap penjawat awam sebagai yang diakatakan diancam oleh kerajaan kerjaya mereka setelah merujuk kenyataan yang bersungguhan DAP untuk menghapuskan jumlah penjawat awam di Malaysia.
Kenyataan “gula gula” yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi Buruh DAP ini amat mudah dibaca dan melihat DAP amat terdesak sekarang dan berusaha untuk menjerat penjawat awam dengan janji manis dan setelah menang segalanya akan berubah. Pulau Pinang dan Selangor adalah contoh terbaik bagaimana nasib rakyat diperjudikan hanya kerana pemimpin yang ada didalam pakatan pembangkang itu adalah pemimpin kleptokrat yang sedang bermaharaja lela merompak harta rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak