Serangan bukan sahaja bertujuan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan dan keperluan fizikal rakyat dalam Negara ini, Malah pembangkang sedang cuba menghidupkan amalan fahaman songsang agar ianya berkembang biak dan menjurus kepada kemurtadan umat Islam.
Menyebut tentang kemurtadan yang bakal berlaku, pihak pembangkang menjanjikan berbagai kebebasan yang tidak masuk akal termasuklah untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis dan amalan seks bebas didalam Negara ini. Seks bebas ini diperjuangkan oleh pakatan pembangkang dengan menyediakan berbagai kemudahan sokongan termasuk pemberian kondom percuma disamping sokongan yang diberikan oleh NGO yang menuntut menghalalkan perbuatan terkutuk dalam agama Islam untuk diberikan sebagai hak manusia.
Agenda ini bukan datangnya dari masyarakat di Malaysia , tetapi ianya telah diserapkan kedalam minda kepimpinan Pakatan pembangkang yang bertindak sebagai proksi barat untuk melakukan penjajahan melalui amalan demokrasi serta hak hak asasi. Oleh yang demikian rakyat Malaysia hanya mempunyai pilihan yang besar yang wajar dilaksanakan dengan sebaiknya apabila menjelang pilihanraya akan datang dengan terus mengekalkan kerajaan pimpinan Islam bagi meneraju Negara ini agar terselamat dari ancaman malapetaka dari Allah.
Rakyat Malaysia juga harus melihat betapa kerosakan yang telah dilakukan oleh pembangkang dalam memerintah dua buah negeri yang dahulunya amat maju dan makmur dalam pentadbirannya serta mementingkan hak hak rakyat. Perlu diingatkan lagi bahawa, rakyat Malaysia yang mana terdiri dari jumlah terbanyaknya adalah orang Islam terus melihat dan muhasabah diri dengan tindakan dan impaknya dalam memilih pemimpin dalam Negara ini.
Jika sikafir yang dipilih, maka kita akan melihat bagaimana hasilnya yang sedang berlaku dinegara Teluk sekarang. Sekarang kita dapat melihat perkara ini sedang berlaku dalam Negara kita sendiri. Orang Melayu Islam berbangga dengan apa yang mereka katakan satu perjuangan sedangkan di satu sudut yang lain telah memijak maruah Islam,
Negara dan mereka juga agak berbangga dengan “ulama” kafir yang memacu Islam mereka. Dengan pemudah cara yang dikekalkan didalam pembangkang, pihak barat dapat melaksanakan agenda mereka tanpa rasa canggung dan terus dapat dilaksanakan dengan mudah sekali. Dana Dana yang disalurkan melalui NGO NGO yang dipilih sebagai platform mengembangkan dakyah mereka.
Kemudahan dana ini digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghancurkan dan mengganggu gugat kestabilan politik, keamanan dan menjadikan pegangan agama dicelarukan.Pihak Barat dalam diam telah berkerjasama untuk mengangkat proksi sebagai pemerintah Negara. Bagi pihak pembangkang perkara diatas bukan perkara baru diperkatakan, malah hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah Negara yang tidak tertakluk kepada system amalan Islam sudah lama diperjuangkan.
Lim Kit Siang dan DAP sudah bercakap nada yang sama sejak tahun 60an lagi. Malah pada 1978, Kit Siang turut menulis sebuah buku berjudul ‘Bom Jangka di Malaysia’ di mana dia memberi amaran kononnya Malaysia akan bankrap dan menjadi negara gagal tidak lama lagi. Negara gagal, Negara yang bangkrup dan selamatkan Malaysia adalah slogan yang menunjukkan betapa kesungguhan DAP untuk memerangkap rakyat Malaysia dengan isu isu remeh yang dikatakan kegagalan sesabuah Negara. Tetapi pada masa yang sama Kit Siang terus menutup kegagalan pentadbiran Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mementingkan nisu berkaitan rakyat , malah kini Pulau Pinang sudah terkenal sebagai sebuah negeri rasuah yang paling tinggi di Malaysia.
Kehebatan rasuah ini telah menaikkan indekz rasuah Malaysia dimata dunia, Penyumbang terbesarnya ialah dikalang pemimpin pembangkang yang ada termasuk Azmin Ali yang mana telah melakukan banyak penyelewengan dan untuk rakyat. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pemimpin pembangkang telah mempunyai masalah moral yang berat.
Proksi dikalangan pihak pembangkang akan menarik sesiapa sahaja dengan kemudahan dana yang diberikan digunakan untuk menghancurkan keamanan di Malaysia. 2018 dan menjadi tahun ke-40 bagi tuduhan Kit Siang yang tidak berasas ini. Hakikatnya yang perlu ditelan Lim Kit Siang dan DAP, bukan sahaja Malaysia tidak bankrap malah kita dapati pemimpin DAP semakin kaya hasil penipuan dana rakyat untuk kepentingan diri mereka.
DAP dan pemimpin PKR serta PPBM adalah pemimpin yang mengamalkan amalan kleptokrasi yang telah menyebabkan rakyat kerugian berbillion ringgit. Dan rakyat dirompak oleh pemimpin DAP dan PKR dalam terang dalam jumlah yang besar dibuat melalui alasan pembangunan. Sebenarnya,
Malaysia sebenarnya tidak perlu ‘diselamatkan’ oleh DAP. Mereka hanya mahir membuat propaganda palsu, dari berdozen-dozen dakwaan, yang digunakan oleh DAP untuk menjulang imej pemimpin mereka dan untuk mendapatkan publisiti yang semestinya dengan niat hanya mahu menjatuhkan kerajaan dengan dakwaan palsu mereka. Propaganda dengan menyemai perasaan kebencian diminda rakyat untuk membenci kepada kerajaan. Isu-isu yang tidak masuk akal serta penghinaan terhadap kedaulatan Negara dilakukan diatas jalanan oleh warga peribumi sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak