PRU14 Melayu Vs Cina

ORANG-orang Melayu hari ini sedang mabuk politik. Mereka tidak sedar apa yang mereka sedang lakukan sebenarnya. Mereka tenggelam dalam isu-isu yang dimainkan oleh ahli-ahli politik. Mereka tidak dapat membaca permainan apa yang sedang dicaturkan untuk mereka.

Percayakah anda jika saya katakan politik hari ini bukan mengenai salah tadbir atau penyelewengan kerajaan. Isu-isu ini hanya digunakan sebagai “candu” untuk memabukkan anda sebagai rakyat. Ia sebenarnya penentangan orang-orang bukan Islam, yang dibantu Melayu liberal, ke atas orang-orang Melayu-Islam. Marilah kita melihat persoalan ini dengan lebih jelas dan terbuka.

UMNO yang mengetuai Barisan Nasional adalah sebuah parti kebangsaan yang berteraskan Melayu dan Islam. Walau seburuk atau seteruk mana pun tuduhan pembangkang ke atas UMNO, tidak siapa yang dapat menafikan UMNO sebagai sebuah payung untuk orang-orang Melayu. Hari ini, kerana dihasut dan dibakar emosinya dengan pelbagai tuduhan skandal dilakukan kerajaan, orang-orang Melayu tidak lagi berfikiran rasional.

Mereka kehilangan punca. Politik adalah untuk perjuangan agama, bangsa dan tanahair, tetapi mereka telah menggadaikan semua perkara ini kerana politik. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenar dimanipulasi dan dikelirukan. Hakikatnya, segala isu yang dimainkan oleh Pakatan Harapan hanyalah alat untuk mengaburi pemikiran orang-orang Melayu. Perjuangan mereka adalah lain.

Mereka mahu menghapuskan penguasaan politik orang-orang Melayu untuk menguasai seluruh negara ini dan merombak apa sahaja yang mengutamakan agama dan bangsa Melayu. Tentu kenyataan ini agak sukar dipercayai. Anda sepatutnya tahu yang DAP adalah ketua sebenar Pakatan Harapan secara tidak rasmi. DAP yang mengetuai Pakatan Harapan adalah perancang utama. Parti-parti Melayu yang lain hanyalah sebagai bidak-bidak catur.

Pakatan politik ini sebenarnya akan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu oleh DAP dan orang-orang Melayu sendiri. Bahkan mereka ancamam kepada kedudukan agama Islam di negara ini. Tentu anda tidak mempercayainya. Agenda sebenar DAP adalah menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Ia tidak tertulis secara tersurat. Tetapi apabila DAP menegaskan hak sama rata dalam kalangan rakyat, ia bermakna secara tersirat bahawa hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu akan dihapuskan.

Tetapi, keterangan sebegini mudah, masih tidak dapat difahami oleh anda. Perkara ini tidak akan dirombak jika Umno-Barisan Nasional terus memerintah negara ini. Renungkan tindak-tanduk mereka. Anda sebagai orang yang waras, tentu dapat mengetahui Pakatan Harapan adalah suara orang-orang bukan Islam dan Melayu-Melayu liberal. Mereka memperjuangkan pluralisme, sekularisme dan liberalisme.

Sementara pemimpin-pemimpin Melayu di dalam Pakatan Harapan hanyalah boneka atau macai. Saya tidak bercakap kosong. Anda sendiri boleh membuktikan perkara ini. Jika ada ahli-ahli politik Melayu di dalam Pakatan Harapan, mereka pula sudah diresapi pemikiran liberal, plural dan sekular. Mereka diperalatkan untuk membebaskan pemikiran orang-orang Melayu daripada kongkongan agama. Perkara-perkara yang taboo dalam agama cuba dinormalisasikan oleh mereka.

 Sebagai seorang Islam, sudah tentulah mereka patut merisaukan perkara ini. sebaliknya, mereka sendiri yang terjebak dengan fahaman-fahaman ini. LGBT sebagai contoh. Pernahkah anda mendengar ahli politik pembangkang bersuara berkenaan perkara ini? Malah mereka meraikan perkara ini. Entah kerana pemikiran ahli-ahli politik Melayu ini sudah terpesong atau mereka telah menjual agama mereka kerana keduniaan,

Kita tidak mendengar mereka serius mahu menegakkan agama Islam dalam pentadbiran mereka. Sekiranya anda masih tidak menyedari perkara ini kerana mabuk dengan isu-isu politik lain yang dijadikan sebagai alat, masa depan anda sebagai orang-orang Melayu di negara ini akan terancam. Ia bukan soal duit yang hilang dalam rumah anda, tetapi ia adalah soal rumah anda yang bakal dilelong kerana kealpaan anda mencari duit yang kononnya hilang.

Bacalah PRU14 nanti sebagai suatu pertembungan antara orang-orang Melayu yang ditentang oleh Pakatan orang-orang bukan Islam dan Melayu liberal. Ia adalah penentuan sama ada kuasa politik orang Melayu terus bertahan atau ditumbangkan. Jangan anggap mudah perkara ini. ia adalah soal masa depan orang-orang Melayu. Dalam pengertian yang mudah, Barisan Nasional yang pro-Melayu sedang ditentang oleh Pakatan Harapan yang dikuasai oleh orang-orang bukan Islam dan Melayu liberal.

Suka atau tidak, tumbangnya UMNO-Barisan Nasional adalah tumbangnya kuasa politik orang-orang Melayu. Sekiranya ini berlaku, untuk mendapatkan kembali penguasaan politik orang-orang Melayu ini adalah sukar. Jangan fikir ia semudah menukar pakaian. Apa yang dipamerkan kepada orang ramai sekarang adalah perlawanan antara kerajaan Barisan Nasional yang korup untuk digantikan dengan Pakatan Harapan yang bersih.

Hakikat sebenarnya tidak ditonjolkan, iaitu orang-orang Cina melawan orang-orang Melayu. Sekiranya orang-orang Melayu tidak dapat membaca dan menghadam keadaan sebenar politik ini, mereka bakal kehilangan kuasa politik mereka. Sepatutnya orang-orang Melayu sedar, ia bukan sekadar isu-isu yang dibawa oleh pembangkang. Isu-isu itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan hilangnya kuasa politik orang-orang Melayu di tanahairnya sendiri.

Ia adalah berkenaan kelangsungan kuasa politik orang-orang Melayu-Islam. Persamaan mudahnya adalah seperti di Eropah suatu masa dahulu, bagaimana kuasa institusi gereja dihapuskan. Institusi gereja berkuasa dalam masyarakat ketika itu. Mereka mengeksplotasi kejahatan dan keburukan paderi-paderi, walhal sasaran utama mereka adalah menghapuskan kawalan gereja ke atas masyarakat untuk membentuk pemerintahan sekular yang mengasingkan agama daripada pemerintahan.

Agama mahu dijadikan sebagai ritual semata-mata dan tidak ada kaitan dengan urusan keduniaan. Mereka tidak dapat menyerang institusi gereja secara terbuka, lalu mereka mengalih kepada kelemahan dan keburukan pentadbiran gereja. Begitulah keadaan hari ini, jika mahu dikaitkan dengan situasi politik Malaysia. Mereka mahu menghapuskan penguasaan politik orang Melayu di bawah UMNO, tetapi mereka tidak dapat mengzahirkannya secara terang-terangan.

Lalu mereka mencari dan memanipulasi kelemahan dan keburukan pemimpin-pemimpin Melayu untuk membangkitkan protes orang ramai ke atas UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Seperti itu jugalah nanti bakal berlaku. UMNO ditumbangkan untuk menghapuskan

penguasaan politik orang-orang Melayu, dan bukannya kerana mahu memperjuangkan keadilan untuk rakyat seperti yang didakwa oleh Pakatan Harapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular