Dua Beranak Tanding Guna Logo DAP

"Pahlawan ultra kiasu" pasal lawan tetap lawan. Harga maruah diri sudah letak ketepi. Yang penting aku mahu "Power" bila ada power aku boleh buat apa aku suka. Nama nak bertanding tetap juga bertanding walaupon terpaksa guna logo DAP. Itulah hebatnya Mahathir anak beranak.

(Berita Harian) – Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, didakwa bakal bertanding atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tindakan itu dikatakan berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan hendak ditandingi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa hasrat Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM itu mewujudkan satu usaha dalaman oleh kelompok ‘proMahathir’ untuk mensabotaj pendaftaran parti berkenaan dengan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa kegagalan mendapat kelulusan pendaftaran PPBM dijadikan alasan untuk Dr Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP.

“Hingga hari ini, parti bunga masih gagal mendapatkan kelulusan hitam putih ROS sama ada mesyuarat agung parti itu, baru-baru ini, sah ataupun tidak. “Banyak pihak dalam parti bunga itu menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca utama parti berkenaan gagal mematuhi perlembagaannya sendiri dalam melaksanakan mesyuarat agung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Puad mendakwa, Dr Mahathir menggunakan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ untuk memastikan mereka dua beranak menang pada PRU-14 walaupun bertanding di kerusi majoriti Cina. Sehubungan itu, beliau meminta Dr Mahathir memberi penjelasan segera mengenai isu berkenaan sama ada ia satu strategi politik yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular