Katanya, tidak seperti Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa ‘pengurusan institusi Islam dikuatkan dengan peruntukan yang lebih tinggi’. Namun, pada Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini pula tidak mengandungi sebarang jaminan begini, malah memperlihatkan bahawa Pakatan Harapan mendokong agenda G25.
“Disebutkan secara spesifik di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini bahawa ‘kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan’. “Ia satu naratif G25, dan DAP, untuk mewajarkan penghapusan institusi Islam di peringkat Pusat di atas alasan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sedangkan pelbagai ilmuan, baik di bidang politik, undang-undang atau agama, telah menghujahkan di sebaliknya.
“Turut disebutkan secara spesifik di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini adalah janjinya dalam isu hak asasi, iaitu bahawa Pakatan Harapan ‘akan memperbaiki dan melaksanakan sepenuhnya Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan’. “‘Matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia’ dan ‘konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai tetapi belum diratifikasi akan diratifikasikan seberapa segera, termasuklah the International Covenant on Civil and Political Rights 1966 (ICCPR)’,” katanya di laman Facebook sambil memetik manifesto PH.
Mengulas lanjut perkara itu, Dr Kamarul yang juga merupakan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia itu berkata, perjuangan hak asasi ini juga adalah agenda utama G25, dan DAP. “Boleh dibayangkan jika janji Pakatan Harapan untuk meratifikasikan seberapa segera konvensyen-konvensyen antarabangsa yang belum diratifikasi ini dilaksanakan, apa yang akan berlaku kepada Malaysia?
“Sudah tentulah pelbagai Undang-Undang Jenayah Syariah tidak lagi boleh dikuatkuasakan, sudah tentulah insiden umat Islam keluar dari Islam (murtad) akan berleluasa, begitu juga dengan golongan seperti ateis dan LGBT yang akan turut berleluasa. “Semoga Allah selamatkan umat Islam di Malaysia dari ancaman golongan liberal,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak