Guan Eng Banyak Ngang Looo

Guang Eng tunjuk terror berani fight. Nama nak minta maaf nanti tercalar kridibeliti sifat fitnahnya. Apa lagi come on Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahman, Lawan jangan tak lawan. Kebenaran mesti buktikan. Rakyat semua ingin lihat dan tahu....

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya bersedia berdepan dengan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di mahkamah ekoran tuntutan saman fitnah dikemukakan Ahli Parlimen Baling itu. Setiausaha Agung DAP itu turut mengulangi pendiriannya yang enggan memohon maaf kepada Abdul Azeez ekoran dakwaan kononnya Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menerima rasuah sebanyak RM3 juta daripada Konsortium Zenith Contruction Sdn Bhd (KonsortiumZenith).

Selain itu, Guan Eng berkata, pihaknya sudah menerima surat tuntutan permohonan maaf dikemukakan Abdul Azeez di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, kelmarin. “See you in court! (Jumpa kamu di mahkamah). Saya sedia berhadapan dengan tuntutan saman yang akan dikemukakannya (Abdul Azeez).

“Dalam hal ini, jelas saya bertanyakan dakwaan terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya bukan dia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Semalam, Abdul Azeez memberi tempoh empat hari kepada Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menerima rasuah daripada Konsortium Zenith untuk menutup siasatan projek terowong dasar laut.

Selain permohonan maaf melalui media perdana, Abdul Azeez juga menuntut Guan Eng memberi maklumat bagaimana tuduhan beliau menerima RM3 juta menjadi viral sebelum menerima surat peguam Konsortium Zenith. Minggu lalu, peguam Konsortioum Zenith memohon maaf kepada Abdul Azeez berhubung tuduhan menerima rasuah RM3 juta selepas menyedari nama Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dipergunakan, kononnya boleh berunding dengan SPRM yang menyiasat kes projek mega itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular