Katanya, tindakan Ketua Ahli Parlimen DAP itu jelas melanggar peraturan mesyuarat dewan kerana keputusan menggantung dibuat menerusi pungutan suara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Malah, Pandikar Amin menyifatkan perlakuan Kit Siang sebagai kes rujukan kerana pertama kali berlaku dalam sejarah Parlimen peraturan mesyuarat diingkari.
“Sepatutnya apabila kena gantung, tidak boleh hadir. Ini kes pertama (berlaku), tapi saya ada baca buku Speaker Parlimen British, Selwyn Lloyd, kalau ada Ahli Parlimen yang berdegil, ada pilihan (untuk dihukum) boleh juga ‘tutup sebelah mata’.
“Apa faedah saya suruh polis angkat dia (Kit Siang) keluar. Apabila keputusan sudah dibuat, Ahli Yang Berhormat harus beredar dan keluar supaya tidak ikut persidangan. “Tetapi mereka terlalu berani, dia ada lesen besar.
Apa pun dia boleh buat. Nak ‘ridicule’ (memperlekeh) Speaker, nak maki Speaker dia boleh kerana dia wakil rakyat bukan? “Ya, pembangkang ada lesen besar. (Bagi mereka) semua orang salah, mereka saja yang betul, jadi tidak apalah,”
katanya kepada media selepas melancarkan buku biografi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) berjudul ‘Mahdzir Khalid: Semua Kita Serupa’ di Parlimen, hari ini. Pandikar Amin mengulas tindakan Kit Siang yang terus berada dalam Dewan Rakyat sehingga menimbulkan persoalan mengenai status sebenar wakil rakyat itu dalam dewan.
Sementara itu, Mahdzir berkata, rakyat perlu menolak Kit Siang dan parti diwakilinya kerana menonjolkan sikap degil dan angkuh di Dewan Rakyat. “Bayangkan kalau jadi kerajaan, saya tidak fikir mereka akan bertolak-ansur dengan semua perkara. Memang patut kena tolak dan sesiapa yang pergi kalau ikut parti dibawa Kit Siang, kena tolak,” katanya.
Org mcm ni ada nilai malu ke dlm dirinya? Mungkin fikiran dia bercelaru/terganggu kerana terlalu memikirkan masalah anak kesayangannya yg tak lama lagi akan kedalam?
BalasPadam