Anti Islam Diterima Bergabung Dengan Pakatan


Sudah jelas dan terang tak perlu disuluh lagi. Apa keputusan Pakatan Harapan sudah buat!!? Siapakah akan mertabad agama Islam di Malaysia ini? Ini pula nak jaga hak orang Melayu di Malaysia. Pakatan Harapan yang pengerusi mengumumkan penerimaan terhadap gerakan anti Islam (Barisan bertindak Hak Asasi Hindu) Hindraf. Hai orang-orang Melayu yang beragama Islam didalam Pakatan, Hampa semua ada maruah dan harga diri ke tidak?

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan gerakan anti-Islam, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebagai rakan strategik gabungan pembangkang itu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, tindakan berkenaan dibuat bagi mengiktiraf Hindraf sebagai pertubuhan yang aktif mewakili kaum India. Malah, katanya, Hindraf juga perlu diberi layanan istimewa. “Rakan strategik yang telah kita tentukan ialah Hindraf dan ada kemungkinan kita umumkan rakan strategik yang lain seperti NewGen,” katanya seperti dilapor portal liberal.

Hindraf adalah antara NGO India yang paling lantang dan keras menentang kehadiran pendakwah antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik ke Malaysia. Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy pernah mempertikai keperluan menjemput Dr Zakir Naik menyampaikan khutbah di Malaysia. Sebelum ini, Hindraf bersama 18 individu lain juga memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana menurut mereka kerajaan melindungi Zakir Naik dan memohon agar status penduduk tetap (PR) yang dikurniakan kepada Zakir Naik dibatalkan.




 Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mampu untuk menjaga orang Melayu dan Islam. Bekas pengasas PPBM Anina Saadudin yang juga bekas Ketua Srikandi parti tersebut berkata,

PPBM hanyalah parti kecil dalam Pakatan Rakyat yang didominasikan DAP. Anina berkata, pemimpin PPBM tidak langsung menyuarakan padangan mengenai gesaan Pakatan Harapan yang diketuai DAP agar kerajaan negeri Sarawak meminda undang-undang negeri tersebut bagi memastikan terdapat garis panduan yang jelas untuk mereka yang ingin keluar daripada Islam. 

“Pakatan Harapan didominasi oleh DAP. Dalam Pakatan Harapan itu pernah ke kita dengar mereka memperjuangkan untuk orang Melayu. Macam mana dia nak memperjuangkan agenda orang Melayu kerana DAP berada di situ. “Parti PPBM baru berusia dalam dua tahun jumlah keahliannya sangat kecil hanya 100,000 di dalam pakatan harapan itu sendiri PPBM adalah parti yang paling kecil,” kata Anina dalam program Sembang-sembang Je yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online berkata,

Sementara itu, Anina juga berkata, perjuangan Dr. Mahathir telah jauh tersasar dan tidak lagi dilandasan yang betul. Anina mengesa agar Dr. Mahatir kembali ke pangkuan bangsa. “Saya masih lagi menyayangi dan menghormati Tun cumanya perjuangan Tun tidak lagi sesuai dan tidak lagi betul untuk orang Melayu. “Tun kembalilah kepada ke pangkuan bangsa. Saya percaya orang Melayu masih lagi boleh menerima Tun kerana belum terlambat kembali ke pangkuan bangsa ketika ini,” kata Anina.- Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular