Mahathir Sudah Kasi Sui Sama DAP

Mahathir sudah kasi banyak sui sama DAP, Haiyo apek Kit Siang ini tahun baru lu tatak wonggg..lo Itu Mahathir cakap dia mahu hot dog boleh banyak kuat kong...kong...kong mahu tarik undi Melayu sokong dia dan boleh kasi DAP menang besar ini PRU-14, Kalau ada Melayu mahu sokong itu Mahathir aarrr...itu Melayu buta perut akai tarak jalan. Sekarang itu DAP punya ahli man..man chow looo..

Kampar – Seramai 38 ahli DAP Kampar dan Tapah bertindak keluar parti hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak setuju dengan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Media tempatan melaporkan, antara yang mengambil tindakan keluar parti itu adalah Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Leong Soon Fatt yang mendakwa mereka sukar menerima kerjasama dengan Dr Mahathir. Soon Fatt berkata, pihaknya tidak boleh menerima kerjasama itu apatah lagi untuk dipimpin bekas Perdana Menteri berkenaan yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH). Katanya, tindakan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana kecewa dengan kepimpinan parti yang sudah menyimpang daripada matlamat asal sejak dia menyertai DAP 10 tahun lalu.

“Selama 10 tahun saya mengabdikan diri kepada DAP, namun hari ini selepas pertimbangan wajar, serius dan penuh kesal, saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada dalam menangani isu dalaman serta luaran parti. “Kami juga tidak boleh menerima pendirian diambil dalam penjajaran politik baharu yang dilakukan DAP kebelakangan ini,” katanya dipetik BH Online pada sidang akhbar di sini hari ini selepas pembukaan pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM) Bahagian Kampar. 

Katanya, beliau tidak boleh menerima apabila DAP yang selama ini melihat Dr Mahathir sebagai musuh, namun kini memilih untuk bekerjasama. Ditanya adakah beliau akan menyertai PCM selepas keluar DAP, katanya, ia masih memikirkan perkara itu dan akan mempertimbangkannya. Sementara itu, Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata, jika bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh masih hidup beliau mungkin tidak menjalin kerjasama dengan Dr Mahathir seperti pemimpin DAP lakukan ketika ini.

“Saya rasa jika Karpal Singh masih ada, beliau pasti menjadi antara individu yang tak bersetuju dengan kemasukan Dr Mahathir dalam barisan pembangkang kerana beliau orang yang berprinsip,” katanya. – Bernama Read more http://www.kualalumpurpost.net/38-ahli-dap-kampar-dan-tapah-isytihar-keluar-parti/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular