
Suasana panik bermula apabila haiwan liar yang tercedera di leher itu dipercayai tersesat masuk ke pekarangan kawasan masjid berkenaan sebelum mengejar jemaah yang berada di luar rumah ibadat tersebut. Haiwan najis mughallazah itu kemudiannya bertindak ganas dengan masuk ke dalam dewan solat sebelum menyondol salah seorang jemaah ketika waktu solat ba’diyah Maghrib sehingga menyebabkannya tercedera.

Imam Satu Masjid Sungai Plong, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, ketika kejadian ada dalam kalangan jemaah berusaha menyelamatkan diri dan ada berusaha halau ia keluar dari dewan solat. “Ia akhirnya berjaya ditembak seorang jemaah yang kebetulan memiliki senapang patah. Pihak polis turut dihubungi bagi bantu menenangkan keadaan,” katanya menerusi status di akaun Facebook masjid itu semalam.
Dalam pada itu, Ungku Ahmad Hazwan memberitahu bahawa kejadian aneh tersebut bagaimanapun telah menjejaskan kira-kira tiga perempat bahagian dalam masjid dan sekitar kawasan beranda. “Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah hubungi Jabatan Mufti Selangor bagi bantu menyelesaikan masalah ini.

Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba’diah maghrib, masjid kami telah ‘dikunjungi’ oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid. Ia mengejar jamaah dan kanak-kanak di luar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya… Terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.
Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yang berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat.. Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal. Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah.

Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat bersama-sama berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.. Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya.. Sekian. Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin, Imam 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak