DAP didakwa salah guna kuasa projek sPICE

GEORGETOWN: GEREKAN Pulau Pinang mendakwa berlaku salah guna kuasa oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam perlaksanaan projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) yang bernilai RM300 juta.

Ini berikutan projek yang bakal dibina berhampiran Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Relau disini, hanya menguntungkan pemaju, Eco Meridian Sdn Bhd, anak syarikat SP Setia temasuk mengaut keuntungan berjumlah RM530 juta. Ketua Biro Kerajaan Tempatan GERAKAN Pulau Pinang, Teh Leong Meng, berkata satu daripada syarat ditetapkan pemaju adalah membenarkan mereka membina sebanyak 1,500 unit rumah di projek lain yang bakal menyebabkan kepadatan penduduk tinggi.

Jika bersetuju dengan syarat pemaju itu, kerajaan negeri melanggar beberapa undang-undang seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976, serta Dasar dan Garis Panduan (Jabatan Perancangan Pembangunan).

"Adalah salah untuk kerajaan negeri melanggar undang-undang yang akan menyebabkan pemaju pada masa depan berani untuk melanggar peraturan itu.

Kualiti hidup penduduk juga akan terjejas," katanya di bangunan Dewan Undangan Negeri disini, semalam.

Leong Meng berkata, GERAKAN juga akan mempertikaikan kos projek itu yang mencecah RM300 juta, sedangkan pembinaan PISA yang merangkumi sebuah stadium,pusat akuatik,bangunan meletak kendaraan lima tingkat hanya kos RM105 juta.

Beliau juga mendakwa, pemaju berkenaan mampu mengaut perolehan berjumlah RM530 juta yang sepatut nya menjadi hak rakyat."Sebelum projek bermula, majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPPP) sudah diminta membayar RM50 juta iaitu merangkumi kos bagi peyelengggaraan bangunan sedia ada serta pajakan tanah.

"Syarikat berkenaan juga bakal memperolehi RM30 juta sepanjang 30 tahun mengendalikan  sPICE dimana  setiap tahun mereka mengaut perolehan berjumlah RM1 juta. "Mereka mampu mengaut keuntungan berjumlah RM450 juta yang diperoleh menerusi pembinaan 1500 rumah tambahan diprojek lain yang mana rumah dianggarkan berharga RM300.000," katanya

GERAKAN Pulau Pinang turut mempersoalkan sama ada sistem tender terbuka dilaksanakan kerana difahamkan hanya tiga syarikat membina projek terbabit dan syarikat yang dipilih pemaju tempatan.-Berita Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular