Harga gula RM2.30 sekilogram berkuat kuasa hari, semoga isu kenaikan ini tidaklah kita perbesar dengan berbagai-bagai alasan. Jika kita menggunakan sekilo sehari pun baru terlebih 20 sen satu hari dan sebulan baru RM6.00
Mana ada dalam satu keluarga menggunakan gula hingga 1 kilogram satu hari, bagi peniaga makanan berbentuk kuih dan minuman tidak dinafikan mereka menggunakan gula, tapi mereka berniaga dan pulangannya mereka akan perolehi jadi tidak terjejas perniagaan mereka.
Bagi kita yang tidak berniaga, apalah sangat kalau terlebih RM6.00 sebulan dalam sebulan anggaplah itu kita membantu kerajaan dan daripada hasil itu dapatlah kerajaan gunakan untuk membuat atau membantu kepada kos projek-projek yang lain.
Penyelarasan subsidi ini akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6 juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari tersebut.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit
dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filifina.Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit
Beliau malah menyebut harga gula di negara negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20 sen, menjadikan RM2.10 sekilogram. Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
Psssstt..kalau rasa dah membebankan dengan kenaikan 20sen ini, jangan lah makan gula...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak