Putera Osama Berniat Tuntut Amerika Syarikat

Liputan6.com, London: Omar bin Laden, putera ke empat Osama bin Laden yang menetap di Inggeris, mempertikaikan mengenai operasi yang menyebabkan ayahnya terbunuh.


Dailymail melaporkan, 11/5, Omar menuduh Amerika Syarikat melanggar prinsip-prinsip dasar undang-undang dengan membunuh seorang yang tidak bersenjata.


Anak-anak Osama lainnya juga mempertikaikan mengapa ayahnya tidak ditangkap dan di adili sahaja sesuai dengan undang-undang yang sedia ada.


The New York Times melaporkan, "penembakan Osama adalah pelanggaran undang-undang International yang terang-terangan. Seharusnya Osama juga mendapat pengadilan yang adil."


Anak-anak Osama menulis surat yang di poskan. Sebahagian surat itu mengatakan, "kami meminta Presiden Amerika Barrack Obama bertanggungjawab sepenuhnya secara undang-undang untuk menjelaskan nasib ayah kami, Osama bin Laden. Pengkebumian jenazah ayah kami tidak boleh diterima secara manusiawi dan agama. Dengan melemparkan tubuhnya kelaut merupakan perbuatan merendahkan dan menghina keluarga. Hal itu bertentangan dengan ketentuan agama dan perasaan ratusan juta umat Islam," (ULF)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular