Dato Siti Beli The Troika Bernilai RM20 Juta


KUALA LUMPUR - Heboh di blog-blog hiburan cerita penyanyi  nombor satu negara, Datok Siti Nurhaliza Tarudin membeli penthouse salah sebuah menara  kondominium mewah di tengah-tengah ibu negara. The Troika yang berharga lebih RM20 juta.

Terletak antara KLCC dan Ampang Park, The Troika yang di bangunkan oleh Bandar Raya Developments Berhad dibina dalam tiga menara dengan menara satu setinggi 38 tingkat, menara dua dengan 44 tingkat manakala menara ketiga dengan 50 tingkat.

Menurut http://www.mygosip.com pihaknya terkejut seketika apabila mendengar Siti Nurhaliza membeli penthouse mewah di hadapan KLCC itu dengan harga yang sedemikian.

"Ada gosip-gosip mengatakan penthouse mewah itu adalah hadiah harijadi yang ke32 daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza.

"Kalau betul lah gosip tu, memang sangat bertuah la Siti Nurhaliza ni kan kerana hadiah harijadi sampai berjuta-juta," kata blog itu.

Blog http://www.izyan.com pula berkata, ada pihak yang dikatakan ternampak kelibat Siti ketika menaiki lif turun dan naik dari aras 40 kediaman berkenaan.

"Lain lagi ceritanya, tempat kediaman Siti tu pernah dianugerahkan seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award,

"Memang kiranya kediaman paling best la tu, sampai menang-menang award lagi, rumah WIP pun belum pernah menang anugerah," jelas blog itu. 

Sebelum ini, Siti Nurhaliza bersama suami membina Masjid Al-Khalidiah yang terletak di Kampung Permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah.

Masjid yang dibangunkan oleh yayasan Nurjiwa, itu disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selepas dibina sejak 2009 dengan kos RM1.7 juta

2 ulasan:

  1. http://faceblogisra.blogspot.com/2014/10/pejabat-dato-siti-nurhaliza-tarudin.html?m=1

    BalasPadam
  2. Pejabat Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Yang Mewah @ctdk

    http://faceblogisra.blogspot.com/2014/10/pejabat-dato-siti-nurhaliza-tarudin.html?m=1

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • Beautiful to be seen nice to be felt..! You see what good yoga pants or what..?
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...