WAJAH DIANA SELEPAS KEMALANGAN DIBONGKAR

Sejumlah gambar merakamkan saat-saat kematian Puteri Diana yang diambil oleh paparazi akan ditayangkan buat kali pertama dalam bentuk dokumentari semasa Festival Filem Cannes pada minggu ini.

Dokumentari bertajuk Unlawful Killing itu mendapat sokongan pelakon, Keith Allen dan Mohammed Al Fayed yang anaknya, Dodi turut terbunuh bersama Diana dalam satu kemalangan di Paris yang meragut nyawa puetri kesayangan penduduk dunia.

Filem selama 90 minit itu akan turut menayangkan gambar hitam putih jarak dekat saat-saat akhir Diana selepas kereta Mercedes yang dinaiki pasangan tersebut terbabas di sebuah terowong di Paris.

Gambar yang mengerikan itu menunjuk rambut dan muka Diana dengan jelas, tidak pernah disiarkan kepada orang awam di negara ini. Dokumentari tersebut akan ditayangkan di seluruh dunia tetapi tidak di negara ini. Gambar sama yang menunjukkan kepada juri dalam siasatan kematian Diana sebelum ini memaparkan gambarnya yang dikaburkan.

Berita bahawa Allen menggunakan gambar berkenaan menimbulkan kemarahan rakan rapat Puteri Wales itu. Rose Monckton yang bercuti bersama Diana beberapa minggu sebelum puteri itu meninggal dunia, berkata, jika tayangan itu benar berlaku ia merupakan satu perkara yang sangat menjijikkan.

"Apa yang mereka cuba lakukan hanyalah untuk mengaut keuntungan daripada kematian Diana. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keadaan ini," katanya. Jurucakap Istana St.James enggan mengulas. Namun, sumber diraja menyatakan putera-putera Diana akan sedih apabila mendengar berita itu. - Agensi

1 ulasan:

  1. AYOYO KADEWALEEE..KLU ANUVAJI PANDIKUTTI TENGOK MAYAT DIANA BLUM TENTU DIA NAK INSAF JUGAK..MAKLUM LAA SEJAK VIDEO DIA TERSEBAR DIA PUNYE TAKUT LAIN MCM KEHKEHKEH

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular