13 Mac 13

13.3.13
Ramalan cuma perkara biasa dalam kita membuat tekaan berkaitan dengan sesuatu perkara. Ianya tidak menjadi kesalahan tapi jangan kita mengatakan ianya sesuatu itu "Mesti" tepat kerana akan membuatkan kita jadi syirik menyekutukan ketentuan yang maha Esa.

Berdasarkan dari apa yang diterima, perkhabaran nya seluruh Pejabat TNB diseluruh negara semalam telah menerima arahan untuk bersiap sedia dengan set generator tambahan pada 13 Mac depan. Menurut sumber, arahan seperti itu selalunya untuk perkara yang amat penting sahaja.

Seandainya tarikh yang dikeluarkan itu benar, maka kemungkinan besar pembubaran Parlimen akan dibuat hanya selepas beberapa hari selepas Tahun Baru Cina. Mengikut ramalan, Parlimen dijangka akan dibubarkan pada atau sebelum 21 Mac kerana pada tarikh itu Dewan Undangan Negeri Johor akan terbubar secara automatik kerana sudah cukup matang penggal lima tahun

Pssttt...13.3.13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular