Janji Buluh Kasap Hujung Lebuh Pangkal Lesap

Janji sahaja habuk pun tak ada

Berjanji sememangnya mudah, kita boleh cagarkan bulan dan bintang dan apa-apa sahaja. Semuanya ini kerana keinginan hajat agar tercapai tapi... selepas apa yang dihajatkan itu sudah tertunai apakah janji yang telah dibuat itu pula terlaksana?. Memandangkan negara Malaysia kian hampir untuk mengadakan PRU-13, maka setiap parti yang bertanding akan membuat manifesto iaitu sebagai janji, ada yang mentakrifkan manifesto itu bukan janji, kalau bukan janji, manifesto itu apa kejadahnya?

Apa yang ingin disentuhkan disini, pada kali ini Pakatan Haram sudah menjanjikan sesuatu yang tidak mampu mereka lakukan..perkara ini pasti tidak mampu mereka laksanakan. Diharap kepada rakyat, jangan mudah terpengaruh janji-janji manis yang telah di buat oleh Pakatan Haram.

Contoh.. hanya RM50 sahaja untuk ibu-ibu tunggal di Selangor dan banyak lagi janji-janji mereka sehingga sekarang masih tidak di tunaikan, itu baru RM50 hanya kepada ivu tunggal yang bilangannya tidak seramai mana pun. Pada kali ini janji yang lebih besar dan teramat berat untuk Pakatan Haram laksanakan..!! iaitu RM500 kepada Penjawat Awam.

Mari sama-sama kita hitung dan nilaikan antara bilangan ibu tunggal dan Penjawat Awam. Ibu tunggal di Selangor ada berapa bilangan jika di banding kan Penjawat Awam yang bilangannya tidak kurang dari 1.4 juta dikalikan RM500...inilah janji yang dikatakan "Janji Buluh Kasap Hujung Lebuh Pangkal Lesap: Awas jangan terpengaruh dengan janji Pakatan Haram.

Psssttt...tepuk dada tanyalah iman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular