55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Mangkin Tua Semangkin Terkutuk

Nik Aziz Perlu Bertobat
Bekas Timbalan Pas, Nasharudin Mat Isa yang dipecat daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas minggu lalu memberi peringatan berbentuk sindiran kepada pemimpin tertentu yang selama ini menguasai Pas secara peribadi. Menurut beliau, Pas bukan hak individu dan tidak seharusnya ditentukan oleh seorang individu didalam apa jua keputusan terbabit parti itu.

Pas ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh memdabik dada menyatakan Pas milik dia, dia sahaja ada hak untuk mentafsir. "Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak, dia sahaja yang layak jadi Mursyidul Am. Dia sahaja layak jadi Presiden. Pas ada 1juta orang ahli, Pas ada dasar, Pas ada perlembagaan dan sistemnya tersendiri.

Pada masa yang sama, Nasharudin turut menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz, dimana penggugurannya dari Dewan Syura Ulama Pas itu menyebabkan keahliannya didalam Pas juga dengan sendirinya terpecat. Sedangkan beliau difahamkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang bahawa beliau masih lagi menjadi ahli Pas kerana....

Terdahulu Nik Aziz dipetik sebagai berkata, "Tidak penting sama ada dia (Nasharudin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikat apabila "lafaz cerai" (lafaz cerai suami isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi ahli parti didalam Pas".

Justeru semua orang memang dan menyangkakan bahawa kenyataan Nasharudin itu bulat-bulat ditujukan kepada Nik Aziz. Kerana Nik Aziz sahaja sering dilihat, sering sahaja menjadikan sesuatu platform itu hanya milik dirinya sahaja. Sikap Nik Aziz yang sering memutuskan sesuatu mengikut nafsu serakahnya turut berlaku terhadap perkara ghaib yang berada dalam pengetahuan Allah seperti masuk syurga, neraka dosa dan pahala sesorang itu.

Jika kerja Allah pun Nik Aziz berani mencampurinya, apalah sangat dengan kerja parti. Maka tidak hairanlah pada September tahun lalu, Nik Aziz dikatakan awal-awal lagi telah meninggalkan mesyuarat Majlis Syura Pas kerana tidak berpuas hati setelah mendapati agenda mesyuarat lansung tidak menyentuh isu Nasharudin. Sedangkan pada 31 Ogos sebelum itu Nik Aziz telah dikunjungi oleh Anwar Ibrahim dan desas desus mengatakan Anwar telah mengarahkan Nik Aziz supaya memastikan usaha menyingkirkan Nasharudin juga mula kedengaran.

Di akhir kenyataan Nik Aziz diatas, apabila ditanya oleh wartawan isu pemecatan tersebut Nik Aziz berkata "sekarang dia dah janda, siapa hendak boleh ambil" Jelaslah kepada kita semua bertapa angkuh dan bongkak sikap Nik Aziz yang di panggil oleh kera-kera Pas sebagai "tok guru sekali gus diiktiraf sebagai ulama".

Pssstt..butanya mata hati kera-kera Pas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E