Sebuah Syarikat Penerbangan Australia Dakwa Temui Bangkai MH370

Sebuah syarikat penerbangan Australia dakwa telah temui bangkai pesawatMalaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Menurut laporan Astro Awani, Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan ole 7News Autralia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac dan mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Telok Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu Selatan Lautan Hindi.

(Gambar hiasan)
Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam, Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti dipetik 7News.

Sainstis syarikat tersebut juga  menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebi 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance tela membandingkan penemuan mereka denga imei-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namun mereka tidak berjaya menemui apa yang telah mereka kesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada disitu sebelum kehilangan MH370, kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru bole kami lakukan susulan," katanya. Sementara itu Perdana Menteri Autralia, Tony Abbott, menyatakan pencarian kini tertumpu didasat laut, kerana untuk menjumpai objek yang timbul adalah terlalu sukar Baca di-sini
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular