55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Sendiri Gagal Kenapa Tanya Orang?

Sendiri yang gagal kenapa perlu tanya orang? Sememangnya pelik soalan tersebut..!! Boleh di katakan banyak operasi yang gagal..banyak sebab yang perlu piak yang berkenaan buat kaji selidik.. Teramat musykil dan hairan rasanya setiap rancangan yang diatur oleh pihak-pihak yang terlibat boleh di hidu oleh orang luar yang tidak bersama dalam membuat keputusan dan atur cara bagi perkara yang berkenaan.
Sebelum penulis huraikan lagi mari kita baca setreusnya - Ipoh: Operasi menahan pendatang asing tanpa izin yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk kegiatan maksiat menerusi Ops 6P Fasa III sering gagal kerana maklumat serbuan bocor.

Sendiri Gagal Kenapa Tanya Orang?
Operasi Bersepadu 6P di dua pusat hiburan di Ipoh, semalam di ketuai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal membuat sebarang tangkapan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengusaha pusat hiburan, rumah urut da spa di syaki mempunyai rangkaian yang luas dan dapat menghidu operasi di laksanakan oleh pihak berkuasa.

Katanya, Jabatan Imigresen dan pelbagai agensi penguat kuasa lain sukar untuk menjalankan operasi khususnya di permis itu memandangkan pendatang haram dapat melarikan diri sebelum operasi di jalankan.

"Mereka da jaringan, bukan di sebabkan kebocoran (maklumat) dalam kalangan pegawai, tapi saya fikir mereka terhidu bau operasi yang di jalankan, sumber - BH

Ok, penulis kiaskan sedikit sahaja berkenaan (mungkin segala operasi) itu gagal..!! Jangan pula pihak yang berkenaan kata penulis nak ajar itek berenang. Cuma kalau hanya pandai berenang dan tak tahu untuk mengemudi arah..!! maka taklah hebatnya mereka berenang.

Satu contoh, penulis jelaskan untuk pandangan semua, lebih-lebih lagi pehak pegawai tinggi, tidak juga di nafikan Datuk Zahid ada berkata bukan bocor dari pegawai. Penilis nak tanya...hanya pegawai atasan sajakah...atau semua pegawai? Jika jawapannya semua pegawai, maknanya kita semua boleh ketawalah dengan terbahak-bahak..!!

KENAPA-MENGAPA??? sebenarnya pendatang-pendatang ini semuanya di lindungi oleh mereka-mereka yang ada kuasa dan punya kuasa..!! SIAPA MEREKA??? itu sendiri mau ingatlah..!! apa yang penulis kata CONTOH TADI!!! jika di kawasan atau dalam bandar penulis kurang arif dan tak berani nak cerita..tapi jika pendatang-pendatang tanpa izin yang ada di kampung atau tinggal di ladang-ladang kelapa sawit dan sebagainya...mereka-mereka ini telah membayar YURAN BULANAN..!!untuk di peringatkan jika ada OPERASI. Jadi dah fahamkan???

Contoh yang perlu mereka (pegawai-pegawai tinggi) sebelum operasi di jalankan jangan bagi tahu lansung kepada pegawai-pegawai bawaan..!! tentang satu-satu operasi dan bila waktu dan hari operasi hendak di laksanakan atau hendak di mulakan. "CUKUP DENGAN MENYURUH SEMUA PEGAWAI-PEGAWAI BAWAHAN STANBY (PADAHARI DAN WAKTU) Dengan cara ini operasi pasti berjaya kerana maklumat tidak sempat di sampaikan kepada pendatang-pendatang yang telah di ambil atau mereka telah membayar YURAN BULANAN.

Harap-harap tidaklah KDN datang mencari penulis dengan penjelasan terbuka ini..  

1 ulasan:

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E