KUCHING: 16 April - Pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok di sini kecoh apabila beberapa individu yang mendakwa mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari parti pembangkang cuba mencetuskan provokasi.
Bagaimanapun, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadilah Yusof yang berada berdekatan pusat mengundi meminta pas rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada individu berkenaan, namun mereka hanya menunjukkan itu yang tidak disertakan gambar serta gagal mengemukakan borang sumpah kerahsian.
Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong parti Keadialan Rakyat (PKR) dan BN enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat mengundi walaupun sudah diarahkan oleh polis supaya beredar. Ini menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerahkan meleraikan keadaan.
Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak