Husam Penakut

Exco Perancangan Ekonomi Kelantan Datuk Husam Musa
Kota Bharu, 11 April - Pergerakan Pemuda Kelantan mendesak Exco Perancangan ekonomi, Kewangan Kelantan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa supaya dedahkan laporan audit bebas mengenai kerugian pembinaan Bazar Tok Guru. Ketuanya, Anuar Safian berkata, perlantikan juru audit bebas itu dibuat oleh Kerajaan Pas Kelantan secara sukurela untuk membuktikan mereka tidak silap dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru sehingga wang rakyat sebanyak RM50 juta hilang begitu sahaja.


"Dulu dia yang umum nak lantik juru audit bebas tetapi sekarang apa sudah jadi dengan laporan audit bebas ini, senyap macam itu sahaja. Beri tahu kepada rakyat perkara yang sebenar, RM50 juta ini wang rakyat, buktikan bahawa kerajaan Pas tidak salah dalam pembinaan projek berimpak besar ini," katanya.


Anuar berkata kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan hari ini turun padang melawat dan beramah mesra dengan peniaga di Pasar Lama MPKB. Dalam tinjauan itu, beberapa peniaga yang ditemui menegaskan pendirian mereka untik tidak berpindah ke Bazar Tok Guru disebabkan ruang niaga yang sempit seperti lubang kubur.


"Mana keadilan, dulu kecek (cakap) lain hari ini lain, kami tak pernah dekat Tok Guru (Nik Aziz) sebab dia tak tahu apa, hok yang buat khianat dua tiga orang. Kita akan terus berniaga biar apa pun terjadi," katanya. Daripada perbualan ini jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz tidak layak untuk memerintah Kelantan.Beliau tidak mempunyai pengetahuan dan terlalu mudah ditipu sehingga rakyat sendiri di inayai. Adakah ini kerajaan membangun bersama Islam.-kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular