Pusat Hadiah Lebuhtaya Bernilai RM 1 Bilion

MACHANG, 2 April - Akhirnya beruntung juga Kelantan dapat lebuhraya dari Kerajaan Pusat. Tidak perlu tunggu piliharaya umum pun kerajaan pusat luluskan juga peruntukan leburaya untuk Kelantan.
Hendak harapkan kerajaan Pas Kelantan 21 tahun memerintah pun tida dapat hendak lihat jalan yang besar padahal pusat berikan setiap tahun kepada Kelantan dalam bentuk gran jalan dan ianya tidak disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tetapi terus kepda kerajaan negeri
Perkembangan terbaru Kementerian Kerja Raya memperuntukan lebih RMI Bilion untuk membena jalan lebuhraya pertama bagi Kelantan yang menghubungi Pahang-Gua Musang-Kuala Kerai dalam tempoh Rangcangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dibawah fasa pertama (dua tahun) Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pembinaannya sudah pun dimulakan di Simpang Pelangai, Pahang dengan diberi keutamaan berasaskan jalan selekoh yang merbahaya.
"Jalan sepanjang 390 kilometer itu dijangka siap sepenuhnya menjelang RMK-10," katanya. Beliau berkata jalan empat lorong yang dibena dibawah Koridor Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (Ecer) itu akan memendekkan perjanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Beliau berkata apabila siap kelak akan dapat merancakkan proses pembangunan di Kelantan.
Mengenai jalan keperluan lebuh raya Kuala Kerai-Kota Baharu belia berkata kriteria mengenainya sudah pun mencukupi yang berasaskan kepada petunjuk laluan trafik jalan yang ada sekarang. Katanya kementerian itu mempelawa syarikat swasta yang berminat menyertai untuk membena konsesi itu dan bersedia untuk menimbangkannya.- kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular