Wan Azizah Wajar Dianugerahkan "Tokoh Isteri Mithali"

SHAH ALAM, 6 April - "Secara peribadi saya ucapkan ribuan terima kasih tahniah kepada Presiden PKR Wan Azizah yang menafikan pelakon utama dalam rakaman skandal seks libatkan seorang pemimpin kanan pembangkang berkenaan bukanlah suami beliau," ujar Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Selangor, Wan Indera Putra Wan Ahmad.
Tegas beliau, ini menunjukkan Datin Seri Wan Azizah telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri bahkan ibu kepada anak-anak beliau bersama pelakon yang dimaksudkan itu. "Datin Seri Wan Azizah layak diberi tokoh "Anugerah Isteri Mithali", namun dalam perjuangan dirinya mempertahankan suami beliau dalam perkara yang menjijikkan ini, beliau haruslah mengutamakan suara majoriti rakyat yang begitu kecewa, kesal dan meloyakan ini.
"Yakinlah Datin Seri Wan Azizah bahawa yang benar tetap benar, kebenaran diambang pintu, kejatuhan dan kemusnahan PKR khususnya suami beliau semakin hampir, mudah-mudahan Allah membuka pintu hati Datin Seri Wan Azizah untuk terima kelemahan suaminya itu, ujarnya dalam satu kenyatan mengulas kenyatan Datin Seri Wan Azizah bahawa lelaki yang dikaitkan dalam rakaman video tersebut bukan suaminya, Anwar Ibrahim.
Terdahulu, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di Internet baru-baru ini.
Isteri Anwar Ibrahim juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata video itu merupakan "bukti yang jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular