Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa "bunuh diri"

Ibrahim Ahmad menjawab soalan pemberita selepas pertemuan
dua jam di Kelana Jaya petang semalam - foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 8 April (semalam) Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama  agensi itu di bersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilebel "kes bunuh diri."

"Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkatan bunuh diri," kata presidennya Ibrahin Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.

Turut hadhir pada majlis itu ialah persatuan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastan Sarawak. "Kami mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk mendapat penjelasan dan membersihkan nama Kastam," kata beliau. "Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini," kata Ibrahim.

Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kesederaan keatas saksi dan suapek. Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun. "Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperolehi sekita RM28 bilion, adakah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion," kata beliau.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini semalam.Dia merupakan  salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion..Ia kejadia kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang lalu ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh surahanjaya diraja.

Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani. Sehubung itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut. Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Psssst..pembaca semua perhatikan perkataan pegawai tersebut, yang mahu nama Kastam dibersihkan. Soalnya sekarang SPRM telah menjumpai berbagai-bagai maklumat dan memperolehi simpanan berbilion didalam beberapa akaun kastam-kastam yang terbabit, nak bersih macam mana maksud pegawai tersebut. Dia mungkin buat lawak agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular