Bila PAS akan rejam Anwar?

Benar lah kata orang tidak ada senjata yang lebih berkesan dalam politik selain dari kebenaran. Jika sesaorang pemimpin itu berada dipihak yang benar, seribu fitnah pun tidak mampu menjejaskannya. Tawakkal dan tawakduk pula dalah senjata paling ampuh untuk membalas kembali serangan fitnah.

Jika senarai fitnah yang ditabur oleh Anwar Ibrahim khasnya, dan pembangkang secara amya terhadap kerajaan, terutamanya Tun Dr Mahathir dan Najib, mungkin PC ini perlu diupgradekan untuk menyimpannya.

Tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka ini oleh pembangkang bukan calang-calang, antaranya mengamalkan kroni, nepotisme, menyebar fitnah, menyalah guna kuasa, rasuah malah membunuh juga.


Begitu yakin dan beraninya pembangkang menegakkan fitnah sendiri sehingga sanggup mengadakan solat hajat, doa khusus serta sumpah seranah atas nama Allah mengharapkan bala dan bencana terhadap UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Konon UMNO tidak Islam, tidak mengamalkan Islam dan jahil. Di masa yang sama, segala kesalahan sendiri di tutup dengan ayat-ayat Al-Quran dengan mengguna hukum hudud sebagai periasai

Apabila pembangkang didapati bersalah, 4 saksi adalah diperlukan untuk membuktikan kesalahan.Namun jika UMNO terlibat, walaupun belum didapati bersalah, tetapi hanya disyaki, maka saksi dan bukti tidak perlu, cukup dengan tuduhan dan khabar angin sahaja.

Kini setelah berhempas pulas menafikan Anwar sebagai pelakon video seks dan berhujah atas 4 saksi berdasarkan hudud, puak-puak tiba-tiba Pas menjadi haru biru apabila video tersebut tersebar di internet dan hati sanobari mereka sendiri mengakui mengenali lelaki tersebut. Soalnya, jika segala bukti, saksi dan hati sanubari sudah yakin yang sipelakonnya adalah Pak Syeikh Anwar yang disanjungi, Apakah PAS akan memainkan isu hukum hudud kembali?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular