Hishammuddin hantar Anwar surat tuntutan 48 jam

Siaplah ko Anwar berbagai-bagai musibah kian menyusul...
KUALA LUMPUR, 9 April - Datuk Hishammudin telah memulakan tindakan mahu menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks "Datuk T" dengan menghantar surat tuntutan kelmarin.
Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO itu mahu Anwar, Ketua umum Pembangkang Pakatan Rakyat, menarik balik kenyataannya dalam 48 jam iaitu sebelum hujung minngu ini. The Malaysian Imsider difahamkan surat tuntutan itu di hantar ke rumah Anwar di Segambut minggu ini.
"Surat itu menyatakan bahawa Anwar diberikan masa 48 jam untuk menarik balik kenyataannya dan memenuhi tuntutan-tuntutan lain sebelum tindakan perundangan dimulakan," kata seprang pegawai kanan PKR kepada The Malaysian Insider.
Pada 28 Mac, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Anwar berhubung isu itu. Akhir bulan lalu, Hishammudin berkata akan mempertimbangkan tindakan undang-undang tehadap Anwar, yang juga ketua pembangkang, jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.
Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis. "Saya sebagai menteri bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika Anwar terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.
"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya...ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada." katanya.
Pada hari pendedahan video itu, Anwar menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammudin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali disebuah hotel di ibu negara bulan lalu.
Keesokan hari, Najib dan Hishammudin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman manakala Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular