
Berikutan, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut tetapi tidak menolak siasatan mengikut syeksen lain jika laporan penuh siasatan serta bedah siasat mendapati ada unsur yang meragukan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis turut merampas kamera litar tertutup (CCTV) pada bangunan itu, tetapi enggan mengulas lanjut karana sedang dianalisis.
"Kita ada petunjuk tertentu yang sedang kita ikuti dan seua pihak diharap bersabar, kita tak mahu wujud kebimbangan yang keterlaluan." katanya yang turut menegaskan bedah siasat hanya dilakukan sekali mengikut prosedur oleh pasukan patalogi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Beliau menjelaskan siasatan dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi selepas polis menerima laporan penuh ujian makmal yang sedang dijalankan termasuk kemunkinan ujud unsur jenayah.
Bedah siasat dilakukan semalam (kelmarin) dan keputusan penuh belum dapat diberikan. Selagi laporan ujian belum diperoleh, keputusan penuh bedah siasat tidak diketahui. "Kita harap laporan penuhakan diperoleh dalam tempoh terdekat, mungkin kurang seminggu sebelum punca sebenar kematian diketahui...cuma ini saya boleh katakan kesan kesederaan mangsa selari dan konsisten akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur disini semalam.
Dalam kejadian Rabu lalu, Ahmad Sarbani 56, ditemui mati ditingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai tejatuh dari tingkat tiga bangunan. Allahyarham dikatakan datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang mengenai sisatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat agensi itu. Mengulas langjut, Zulkifli mengesahkan, polis sudah merakamkan persakapan enam pegawai SPRM Wilayah Persekutuan sejak hari kejadian tetapi mengesahkan sama ada mereka termasuk dua pegawai yang digantung tugas oleh agensi itu ingkar perintah berhubung pengendalian saksi.
Sementara itu, dua jentera bomba dilahat masuk perkarangan pejabat berkenaan pada jam 2.15 petang semalam, sebelum beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masuk lima minit kemudian. Dua jentera dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala lumpur itu diletakkan ditepi bangunan, berdekatan lokasi Ahmad terjatuh.
Penolong Pengarah Operasinya, Azizan Ismail, ketika dihubungi berkata, pihaknya diminta oleh polis kelokasi kejadia bagi membantu siasatan khususnya dalam penyediaan peralatan. Difahamkan, permis itu ditutup kepada orang awam jam 12.30 tengah hari, dipercayai bagi mengelak sebarang ganguan penyiasatan di kawasan pejabat agensi itu. Beberapa pegawai polis bersama anggota forensik turut dilihat berbincang di perkarangan bangunan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak