DAP menang 12 kerusi di Sarawak Nik Aziz gembira sangat

Orang yang paling gembira kerana DAP berjaya menambah kerusi kemenangan mereka didalam pilihanraya di Sarawak yang baru berakhir ini, menjadikan 12 kerusi ialah Nik Aziz. Hebat seorang yang disanjung oleh pengikut-pengikutnya  yang konon sebagai seorang ulama yang memperjuangkan Islam memberikan sokongan kepada DAP yang jelas menolak kepimpinan negara Islam. Telah berulang kali keputusan ini di sangkal oleh pengurusi DAP, Karpal Singh yang lantang mengatakan langkah mayat dia dahulu baru boleh melaksanakan negra Islam dan hukum hudud.

Dimana moral Nik Aziz kepada pengikut-pengikut setianya? adakah ini juga suara keseluruhan yang diucapkan oleh Nik Aziz adalah juga suara ahli-ahli Pas am nya?

Memang tepat dan benar sebagai yang di katakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun  Dr Mahathir, Nik Aziz berjuang untuk parti politik bukan berjuang untuk Islam yang sebenar dan mempergunakan Islam hanya ingin meraih sokongan orang-orang Melayu terhadap cita-citanya.

Kota Bharu, 17 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, akur pembangkang gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.


Walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN), beliau gembira denganperatusan undi yang meningkat terhadap pakatang pembangkang.


Menteri Besar Kelaantan itu berkata, ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehaidran pembangkang dinegeri itu terutama undi yang diterima DAP. "Penduduk bandar jelas menolak Barisan Nasional dan memihak kepada DAP tetapi bagi PAS kita gembira sokongan semakin meningkat walau pun tewas semua kerusi," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra disini, hari ini.


Pilihan raya negeri ini semalam, BN menang 55 kerusi daripada71 kerusi yang dipertandingkan  dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga kerusi manakala satu lagi dimenangi calon Bebas.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata undi kaum Cina yang meningkat terhadap DAP itu berkemungkinan kerana mereka telah terpengaruh bahawa pembangkang akan membentuk kerajaan baru dinegeri itu.


"Mungkin mereka telah tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apapun kemenangan BN di Sarawak membuktikan mereka tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN," katanya kepada pemberita disini hari ini.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular