Tolak Suruhanjaya Bukti DAP Parti Hipokrit, Takut Kebenaran

KUALA LUMPUR, 7 April - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sikap parti pembangkang terutama DAP yang menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kebenaran rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang membuktikan prinsip dan perjuangan parti itu bukanlah untuk menegak kebenaran.
Tegas beliau DAP sepatutnya lebih faham sebagai parti yang kononnya bersih, telus dan adil bahawa tujuan penubuhan Suruhajaya Diraja bukanlah untuk untukmenghukumtetapi adalah untuk mencari kebenaran terhadap sesuatu perkara yang mengelirukan. Katanya, dalam soal ini, ada pihak yang telah menimbulkan perkara ini dan ada pihak yang menuding jari menyalahkan kerajaan diatas isu rakaman video seks tersebut.
"Rakyat pelu tahu kebenaran. Oleh itu, penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah satu mekanisme yang terbaik kerana ianya terdiri daripada orang yang tidak mempunyai kepentingan politik dan berkedudukan baik serta mempunyai integriti yang tinggi.
"Jika sebelum ini DAP adalah orang pertama yang bersuara dan memarahi kerajaan sekiranya tidak menubuhkan Suruhanjaya Diraja terhadap beberapa kes, kini mereka pula pula menolaknya, Jelas disini mereka mahu menyembunyikan kebenaran dari diketahui umum," katanya kepada UMNO-Online disini, hari ini.
Beliau menyifatkan tindakan DAP ini membelakangkan kehendak rakyat dan tidak bermoral. "Mereka sanggup bersekongkol dan cuba melindungi kebenaran dari diketahui oleh rakyat. Disebabkan kes ini tidak ada kepentingan untuk mereka malah akan menyusahkan, jadi mereka menolak suruhanjaya dari ditubuhkan.
"Sikap DAP memang dikesalakan. Kita mahu menegakkan keadilan tetapi mereka menyelar kerajaan hanya kerana kepentingan politik mereka. Mereka tetap menyalahkan kerajaan dan menuding jari terhadap Barisan Nasional (BN) sedangkan kita langsung kita tiada kaitan dalam hal ini," jelasnya. Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan turut mempersoalkan prinsip DAP yang kononnya selamu ini mahu keadilan diwujudkan.
"DAP harus sedar, sekiranya benar individu didalam rakaman tersebut bukan Anwar Ibrahim, mereka juga yang akan mendapat keuntungan. BN sanggup menerima sebarang risiko asalkan kebenaran dapat diketahui. "Mereka tidak perlu takut sekiranya berada dilihak yang benar," katanya -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular