Speaker: Saya tak akan benar tayang video seks di Parlimen - The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 5 April - Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak keras cadangan agar ditayangkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datu Seri Anwar Ibrahim, yang didedahkan "Datuk T", di Parlimen
Beliau (gambar) berkata demikian ketika memberikan respons terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahin Ali dan Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh yang sebelun ini mencadangkan agar rakaman video seks itu ditayangkan ketika sidang Parlimen.
Sidang Dewan Rakyat akan berakhir minggu ini. "Disini ada peraturan dan kawalan ketika persidangan Parlimen dan saya telah ditanya oleh wartawan mengenai isu ini. Saya tidak menjawab soalan mereka, bukan kerana saya sombong.
"Tugas speaker adalah seperti seorang hakim, seorang halim tidak akan memberikan maklum balas dengan segera selepas ditanya mengenai perkara ini, kena ikut persedur," katanya. Klik disini - Speaker: Saya tak akan benar tayang video seks di Parlimen - The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular