SPRM kesan jutaan ringgit dalam akaun pegawai-pegawai kastam

KUALA LUMPUR, 9 April - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan jutaan wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastan Diraja Malaysia yang ditahan dalam operasi 3B, termasuklah lebih RM2 jita dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.
Akhbar The Star dan Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut kedalam akaun pengarah berkenaan. "Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.
"Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan diluar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam," kata sumber itu. Menurut nya, pasukan khas tersebut telah berputus asa untuk mneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada rabu lalu.
"Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan. "Siasatan SPRM terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada diluar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara ," katanya. Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin lalu.
SPRM mengnggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram keluar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut. Dalam operasi baru-baru ini, antara yang ditahan memiliki akauan simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) BERJUMLAH rm200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas. Bagaimana pun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM.
Pssst..ini baru yang disiasat anak-anak bilis pun sudah melibatkan berbilion ringgit, bagaimana kalau dapat siasat saiz ikan jerung atau jaws, mungkin trilion rm dapat dikembalikan kepada hak rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular