Pembangkang jilat ludah sendiri

Samarahan, 14 April - Tindakan pembangkang yang sibuk berkempen dengan slogan "jom ubah" demi mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-10 ini boleh disifatkan sebagai "menjilat ludah sendiri".

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, ini kerana pembangkang pernah melebelkan rakyat Sarawak sebagai golongan yang "masih memakai cawat" bagi menggambarkan kemuduran pemikiran mereka.

"Jadi dalam pilihan raya kecil dahulu pembangkang tewas di Batang Ai, mereka terus tuduh pengundi disana masih ketinggalan dan pakai cawat tetapi hari ini mereka jilat balik ludah sendiri demi dapatkan undi rakyat Sarawak,"katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada majlis Malam Mesra Belia bersama 1,000 ahli anggota belia setempat di Muara Tuang di sini malam tadi- Utusan Online.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular