Tidak Sah Sembahyang di Belakang Imam UMNO

Tidak Sah Sembahyang di Balakang Imam UMNO, ini di dedahkan
oleh seorang pengikut kuat Pas-Aziz Jusoh 51 tahun.
Pasir Puteh Pengikut Pas yang taksub dengan perjuangan parti pernah memulaukan imam umno dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.


Perkara ini didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada dikalangan parti Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan imam UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.


Malah sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri (Aziz Jusoh). "Pada fahamannya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," katanya kepada www.kelatekito.net pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampong Gong Tinggi, Pasir Puteh.


Menyesali perbuatannya itu, Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup pergi kemasjid lain yang dikenali pasti di imamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat dirumah berimamkan siaran langsung diradio.


"Semua ini dilakukan karana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya. "Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutamanya penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," dakwanya


Aziz mendakwa, fahaman yang disebarkan oleh penceramah Pas lazimnya menjadi amalan penyokong akar umbi yang kurang mendalami ilmu agama mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja walau pun ianya bertentangan dengan ajaran Islam sebenar


"Mereka (penceramah Pas) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuatdemikian semata-mata terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," dakwanya - kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular