Kase: Putrajaya perlu hapus saman ekor, bukan tangguh - The Malaysian Insider


Pengrusi Kase Datuk Mahfuz Omar (gambar)
KUALA LUMPUR, P April - Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk mengguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen tetapi menegaskan saman ekor perlu dihapus kan sama sekali.

Pengerusi Kase Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan kabinet itu telah mengesahkan dakwaan dan desakan pihaknya selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami ingin mendesak kerajaan agar terus menarik balik tindakan senarai hitam, bukan hanya menangguhkan sahaja.Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula. Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1 April lalu," kata beliau sambil  menegaskan "kerajaan mempermainkan hak" rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular