NGO Pelajar Selangor Nafi Pakatan Pembangkang Tadbir Lebih Baik Dari BN

SHAH ALAM, 11 April - Gabungan Pelejar-Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor , (GPMS Selangor) kesal dan kecewa dengan kenyataan dari pihak pakatan pembangkang  khususnysa ketika berkempen di Sarawak, kononnya pentadbiran mereka lebih baik berbanding kerajaan BN.


Sambil menafikan dakwaan itu Ketua Penerangan GPMS Selangor, Datuk Haji Irmohizam  Haji Ibrahim berkata untuk bersikap adil semua pihak perlu menilai yang pertamanya sama ada semua janji-janji pilihanraya 2008 khususnya di Selangor benar-benar di tunaikan atau tidak. "Keduanya sejak 2008, keadan di Negeri Selangor tidak pernah stabil dan aman berikutan terlalu banyak demontrasi jalanan yang berlaku serta banyak isu-isu yang berkaitan dengan ketidakcekapan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, katanya kepada UMNO-Online disini.


Dalam masa yang sama beliau juga Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor isu seperti kerugian yayasan Selangor, penutupan IKYS, pengeluaran pasir yang tidak terkawal, institusi masjid dipolitikan dan polemik perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor wajar dinilai sebagai ketidakcekapan sistem pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta asas bagaimana rupa dalam keadaan sistem kerajaan yang diterajui pakatan pembangkang.


"Rakyat Sarawak sebenarnya sangat beruntung kerana kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak sangat perihatin dan mengmbil berat melalui gegasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan dalam seluruh aspek kehidupan rakyat Sarawak.


"Dalam konteks pembangunan generasi muda pula kerajaan persekutuan sangat mengambil perhatian melalui akses dan kualiti pendidikan, meningkatkan taraf hidup generasi muda serta sentiasa mendengar suara hati generasi muda sebelum sebarang polisi dan dasar diperkenalkan," katanya.


Sehubungan dengan itu tegasnya rakyat Sarawak harus peka dan sentiasa membuat perbandingan dan bukan hanya mendengar segala fitnah dan janji kosong pihak pembangkang senantiasa. "Rakyat Sarawak perlu membuat pilihan tepat dengan memastikan nasib dan masa depan generasi muda terus terbela dan diangkat martabatnya," tambah beliau.-MediaUMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular