Pas Bukit Bintang jatuhkan maruah Pas Kelantan

KOTA BHARU 25 April - Yang Dipertua Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyalahkan Pas Bukit Bintang telah menjatuhkan maruah Pas Kelantan kerana mencalonkan  Husam Musa manusia yang dihantar Allah untuk Malaysia kata Nik Aziz, untuk menentang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Wan Abdul Rahim juga menyifatkan Pas kawasan tersebut mempunyai agenda tersembunyi dan nakal kerana secara tiba-tiba mencalonkan Husam sedangkan ramai pihak tahu beliau tidak mampu layak untuk dicalonkan. Malah Wan Abdul Rahim menuduh kepimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang telah dipergunakan oleh pihak ketiga untuk mendapatkan kepentingan tertentu. "Pas Bukit Bintang pasti ada agenda tersembunyi, tidak adakah cara lain untuk menjatuhkan maruah Husam dan Pas Kelantan. Bagi saya Bukit Bintang tidak ada akar umbi seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak, jadi cadangan daripada mereka tidak perlu diambil kira.

"Kita seharusnya berwaspada supaya ketenangan ini tidak dikocak dari dalam. Kita di Kota Bharu perlu jaga air muka Pas Kelantan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian  Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke-44 di Pusat Konvensyen Kelatan disini Jumaat lalu.

Sebelum ini, Pas Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Husam yang juga bekas calon Timbalan Presiden Pas untuk untuk menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pemilihan parti itu Jun nanti. Pencalonan itu dikatakan dibuat bagi memastikan pembaharuan dalam Pas dapat dilaksanakan dengan baik.

Wan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, buat masa ini tidak ada siapa yang layak untuk menggantikan Abdul Hadi daripada terus menerajui Pas berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki olehnya. "Seperti di Kelantan, tidak ada siapa yang layak menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memimpin kerajaan dan parti begitu juga dengan Abdul Hadi tiada penggantinya.

"Di Bukit Bintang boleh cakap apa saja tetapi di Kelantan perlu berhati-hati. Mereka (pemimpin Bukit Bintang) mungkin ada motif baik atau tidak kita tidak tahu," katanya. - kelatekito.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular