DAP gesa Putrajaya adakan suruhanjaya diraja kedua siasat SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April - DAP menggesa kerajaan mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden terbaru kematian membabikan kakitangan kastam pagi tadi di permis Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, SPRM juga perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia benar-benar relevan dalam menjalankan fungsinya mencegah rasuah.
"DAP menyeru agar suruhajaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani Mohamed. "Suruhanjaya ini akan menentukan punca kematian, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan langkah perlindungan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera atau pun mati ketika dalam tahanan SPRM," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang ini menambah rakyat Malaysia tidak mempercayai kata-kata beberapa pemimpin BN bahawa bekas Setiausaha Politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri selepas ditemui mati di Plaza Masalam dua tahun lalu.
"Malahan mereka percaya bahawa Teoh dibunuh. Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan.
"Kematian trajis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM." kata beliau lagi sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad, penolong pengarah Kastam Selangor.
Allahyarham Ahmad ditemui mati dikawasan gelanggang badminton ditingkat satu bangunan SPRM di Jalan Conchrane disini pagi tadi. "DAP melahirkan marah atas kejadian seumpama itu sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dari mendapat pengajaran?" kata beliau lagi. Ahmad merupakan salah seorang individu yang ditahan pada 1April lalu dalam satu eperasi besar-besaran- Operasi 3B yang membabitkan cukai tidak dibayar dan dibebaskan dengan ikat jamin keesokan harinya.
Kata Lim, kematian Allayarham Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian trajis Teoh di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM, Selangor. "Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh Beng Hock da tempoh jawatan pengarah yang lepas tidak bersambung, namun kematian Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian trajis Teoh." katanya.
Malah kata Lim, SPRM perlu di rombak semula bagi memastikan sama ada ia masih relevan untuk melaksanakan tugas antirasuahnya secara efektif, efisen tidak berat sebelah dan profisional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek. "SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah. "Untuk merombak semula, DAP mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan badan siasatan bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular