Masalah Air Di Kelatan Kita Di Berikan Alasan Lucu Dalam Sejarah

KOTA BHARU - Isu air yang di laporkan www.kelatekito.net telah menimbulkan kerisauan kerajaan Pas Kelantan yang khuatir ianya mencemarkan imej mereka.

Pada msyuarat Exco 20 April Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman telah cuba menyalahkan kerajaan pusat menjadi punca bekalan air tidak dapat disempurnakan.

Manakala Menteri Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , yang duduk di sebalah Md Anizam hanya menyampuk sekali-sekala untuk mengialan kenyataan Md Anizam. Md Anizam menjelaskan bahawa kerajaan pusat telah memberikan RM520 juta kepada Kelantan sejak 2001 bagi membaiki sistem bekalan air di ini untuk dimanfaat rakyat di dalam rancangan Malaysia (RMK-8) dan (RMK-9).

"Jadi sejak Pas memerintah pada 1990 hingga 2000 kerajaan negeri memang tidak menerima sebarang peruntukan untuk membaiki perkhidmatan air untuk rakyat. Bukanlah kita puncanya," katanya dengan serius dengan disampuk Nik Aziz "kita 10 tahun lalu tak dapat bantuan. "Beliau berkata masa yang ada tidak mencukupi untuk memperbaiki perkhidmata air melalui syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Hakikatnya sejak 2001, Pas sudah dapat RM520 juta dan dari tempoh itu ia mengambil masa selama 10 tahun Pas uruskan peruntukan itu tetapi tetap tiada perubahan.

Jadi adakah logik untuk menyalahkan pusat sedangkan duit telah diberi dan masa 10 tahun dianggap mereka tidak cukup. Secara rasionalnya duit sudah ada, masa 10 tahun dah cukup untuk bina logi yang tidak cukup ialah hanyalan alasan dan sikap sambil lewa serta penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri.-kelatekito.net

Pssssstt....Kalu ghakyak nok air sempurno, undilah pas bagi demo perintoh 20 tahun lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular