Sudah ada yang mula menunjuk perasaan di hadapan bangunan SPRM

KUALA LUMPUR, 8 April - Kecederaan di alami Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed konsisten dengan akibat jatuh dari permis yang tinggi, kata polis hari ini.
Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah enggan berkata sama ada penolong pengarah kastam itu, yang di temui mati di permis Surahanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) DI Cheras kelmarin, turut mengalami kacederaan lain.
"Kecederaan dia alami konsisten dengan akibat jatuh dari (bangunan) tinggi. Tetapi kami hanya akan tahu punca kematian selepas ujian makmal," kata beliau kepada beberapa pemberita hari ini. Ketika di tanya sama ada Ahmad Sarbani ada mengalami kesederaan lain, beliau berkata, saya tidak kata begitu dan saya tidak kata kecederaan (itu) adala punca kematian (dia)."
Pegawai kastam berusia 56 tahun itu di temui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. Kelmarin, Zulkifli berkata ada kecederaan di bahagian kepala Ahmad Sarbani.
Hari ini beliau memberitahu bahawa enam pegawai SPRM telah dipanggil untuk di ambil keterangan sejak kelmarin. Bagaimanapun beliau enggan mengesahkan sama ada ia termasuk dua pegawai yang di tahan tugas oleh SPRM semalam.
Malah, Zulkifli juga berkata, hanya satu bedah siasat di kendalikan oleh doktor dan pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Laporan media menyebut unik forensik HUKM Pro Madya Dr Shahrom Abdul Wahid telah dipanggil untuk mengendalikan bedah siasat kedua semalam. Zulkifli juga berkata, insiden itu diklafisikasikan sebagai kematian mengejut bagi membolehkan polis "menyiasat kesemua aspek."
"Jika siasatan kami menuju kearah tertentu, kami akan mengklasifikasikan kemudian," katanya lagi. Bagaimanpun beliau tidak menyebut bila laporan makmal akan lengkap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular