16 disiasat polis

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah
KUALA LUMPUR; Polis mengesahakan sudah memanggil 16 individu termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan ahli keluarga Penolong Pengarah KDRM Selangor, Ahmad Sarbani yang ditemui mati dibangunan Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane, Rabu lalu, bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, beliau sudah juga bertemu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi membincangkan kes berkenaan kelmarin, dan memberi jaminan siasatan kes itu akan dilakukan segera sebelum kertas siasatan disiapkan untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil CCTV dari bangunan SPRM untuk dianalisis dan menjalankan siasatan lanjut.

"Kini kita sedang kita sedang menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman CCTV dilokasi kejadian serta laporan bedah siasat yang dijalankan keatas mangsa.Sehubung itu kita meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan," katanya.

Klik di sini - 16 disiasat polis untuk selanjutnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular