Serah DNA: Anwar berang bila diasak wartawan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis dearah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporang polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah, serta tiga orang wakil rakyat parti itu , Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.

Anwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan dijangka akan memberi keterangan berhubung alibi beliau berhubung kejadian seks dalam rakaman kotroversi itu. Ini kali kedua Anwar memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan selepas kali pertama pada 22 Mac lalu.

Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya. Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu.kemudianya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang menayakan soalan berkenaan. "Media adalah perkakas UMNO murahan," herdiknya lagi.

Peguamnya Sivarasa kemudiannya berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemuka soalan yang tidak relevan ketika siasatan.

Beliau bagaimana pun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukan itu. Bagaimanapun, beliau tidak menyifatkan soalan berkenaan bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan (incriminating) berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

"Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain," katanya lagi. Tambahanya, laporan polis sebelum ini juga di buat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kanytaan oleh trio berkenaan.

"Mereka ugut, ancaman supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah. "Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar," tambahnya. Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan kes ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular