Anwar yang kena tuduh, Kit Siang yang meroyan..

Video seks part2 hanya melibatkan Anwar Ibrahim, tetapi kena si apek tua Kit Siang sibuk pula nak mnegecam polis semalam, media melaporkan yang Lim Kit Siang tak puas hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar kerana akan mendedahkan pelaku dalam video seks yang dikata mirip Anwar Ibrahim.

Lim Kit Siang juga bertegas mahukan polis mendakwa Trio Datuk T dan bukannya menganggu Anwar Ibrahim.Apek tua juga mahukan polis mengambil tndakan terhadap dalang penyebaran video itu kerana katanya ia akan menjatuhkan imej kerajaan kalau perkara seumpama ini dibiarkan.

Hairan juga...sejak bila pulak Kit Siang prihatin imej kerajaan ni? Bukankah dia dan geng pakatan, selalu dakwa kerajaan tak telus dan juga tak juga berkridibiliti? Sekarang ni sepatutnya dia gembira bila imej kerajaan terjejas pasal apa ada ahli Parlimen yang kuat maksiat seperti Anwar. Bukan benda ni menguntungkan DAP?

Hari tu Lim Kit Siang dah tuduh polis bekerjasama dengan UMNO-BN untuk menjatuhkan pakatan, sekarang ni dia memandai-mandai pula nak suruh polis ikut telunjuk dia. Kalau benarlah polis menyebelah kerajaan, maka Kit Siang tak perlulah bermimpi untuk tengok polis membiarkan Anwar bebas bergerak dalam negara.


Tapi, sekarang senario berbeza 
yang jadi, Anwar bukan setakat bebas berceramah dan menghina kerajaan, tetapi bebas keluar masuk negara. Ini sudah cukup jadi bukti jelas polis memang bersikap profesional dan telus menjaga keselamatan negara. Dan kalau polis ada hubungan sulit dengan kerajaan sekali pun, ia tidak menjadi isu besar sebab memang kerajaan yang bertanggungjawab bayar gaji kepada pihak polis. Bukan Kit Siang, Anwar ataupun Nik Aziz bayar gaji mereka tiap-tiap bulan.


Kalau penganut Pas boleh mengisytiharkan wala kepada PAS dan Nik Aziz hanya semata-mata kerana janji dapat tiket kesyurga, takkan lah pula pihak polis tak boleh buat taat setia kepada kerajaan yang memerintah? sekurang-kurangnya, semua kebajikan pihak polisdijaga dengan baik oleh pihak kerajaan. Bukannya seperti PAS yang hanya tau nak kaut duit ahli mereka sahaja.


Berbalik kepada Lim Kit Siang, mana bukti yang dia kata pihak polis telah berkompromi untuk menjatuhkan reputasi Anwar? Kit Siang juga tuduh polis adalah "pelakon tambahan" didalam video seks tersebut. Ini tuduhan yang berat kerana Kit Siang mempertikaikan kewibawaan polis. Sepatutnya, kalau benarlah Kit Siang dan juga pakatan tak percaya kepada pihak polis, kenapa mereka masih terhegeh-hegeh buat laporan polis bila mereka ditimpa masalah? semua ini secara tak langsung dah tunjukkan pemimpin-pemimpin pakatan ni cakap tak serupa bikin.


Mereka hanya percaya kalau keputusan polis atau mahkamah memihak kepada mereka. Tapi mereka salahkan semua pihak kalau mereka kalah dan keadaan tak menyebelahi mereka. Jadi, tak payahlah Kit Siang atau mana-mana pemimpin pakatan nak menghasut rakyat supaya benci kepada polis. Semua dah tak laku lagi..


Rakyat sekarang ni sudah semakin tahu permainan politik sebenar pakatan. Tunggu sehingga Piliharaya Umum akan datang, pasti rakyat akan menghukum semua pemimpin Pakatan yang hanya tahu berpolitik 24 jam tanpa memperdulikan rakyat dikawasan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular