Isu Moral, Masalah Anak Syarikat, Jawatan Anwar Perlu Digantung

SHAH ALAM, 6 April - Walaupun hanya dibayar RM1 namun Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor digesa untuk menggantung tugas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.
Ini berikutan Penasihat Ekonomi Selangor itu kini berdepan siatan berhubung penerbitan sebuah video seks yang dikaitkan dengannya. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata penggantungan tugas sementara ini penting bagi menyelamatkan ekonomi negeri yang kini turut berdepan dengan pelbagai masalah yang melibatkan kerugian banyak anak syarkat kerajaan negeri,
Tegas beliau Anwar juga dilihat begitu tertekan berikutan pelaku yang terlibat dalam video seks tersebut dikatakan mirip dirinya dan fokusnya kepada tugas mungkin terganggu. Brliau berkata penggantungan itu juga dapat juga menjaga imej kerajaan negeri daripada tercemar kerana Anwar sebelum ini menghadapi tuduha berkaitan dengan moral.
"Mustahil Anwar boleh melaksanakan tugasnya dengan baik, ketika beliau sedang menghadapi pelbagai tuduhan kesalahan moral termasuk tuduhan meliwat yang kini sedang dibicarakan di mahkamah. "Untuk itu, kami menggesa supaya kerajaan negeri menggantung tugasnya supaya beliau (Anwar) boleh memberikan tumpuan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah terhadap segala tuduhan yang dihadapinya," katanya disini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran sebahagian dari video aksi seks didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang yang dimuat naik kelaman YouTube semalam. Ia didakwa merupakan video sama yang dipertontonkan kepada sekumpulan pengamal media di hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur pada 21 Mac lalu.
Selain itu, tambah Abdul Shukur, Anwar juga dilihat gagal untuk melaksanakan tugasnya dengan baik sejak beliau dilantik memegang jawatan tersebut. "Ini dapat dibuktikan lagi apabila ada laporan yang mendakwa anak syarikat kerajaan negeri berbelanja dengan boros tanpa memikirkan kepentingan kepada rakyat," tegasnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • Beautiful to be seen nice to be felt..! You see what good yoga pants or what..?
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...