Hadi Jadi Kambing Hitam, Nik Aziz Jadi Ayam 'TOGEL'

Selasa, 19 April 2011 Macang - Setelah Pas gagal menang sebarang kerusi dalam piliharaya negeri Sarawak kini mereka cari kambing hitam untuk dipersalahkan dan kambing hitam mereka adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Secara tiba-tiba timbul penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari memberi pemandangan terbuka mengenai Pas yang menyarankan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Abdul Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.
Abdul Hadi 64, dipersalahkan kerana dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit kata Abdul Aziz. "Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Kanapa hadi dipersalahkan dengan mengungkit kisah lama sedangkan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih banyak kesilapannya dalam mencampuri urusan pentadbiran Abdul Hadi.
Abdul Hadi pernah membawa cadangan kerajaan perpaduan demi menjadikan Pas relevan kepada orang Melayu dan umat Islam melalui kerjasama dengan UMNO.
Namun Nik Aziz telah bertindak melampau sehingga mengeluarkan ugutan untuk mengadakan muktamar tergempar kerana menentang Abdul Hadi, sedangkan Abdul Hadi adalah kapten didalam parti manakala Nik Aziz adalah penasihat. Abdul Hadi sebenarnya menjadi mangsa keadaan dan beralah untuk tidang membincangkan lagi idea kerajaan perpaduan itu.
Kali ini pula, dengan pemilihan pusat Pas yang kian hampir, kenyataan Abdul Aziz benar-benar ada segala agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Abdul Hadi yang didalangi kepimpinan Pas sendiri terutama golongan Majlis Syura Ulama. Majlis Syuara Ulama lebih pro kepda Nik Aziz kerana beliau adalah ketua majlis itu.
Jika dibandingkan kegagalan menjawab isu Abdul Hadi, Nik Aziz banyak tidak menjawab isu yang amat memaukan Pas, ini kerana Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan dan banyak isu penyelewengan kerajaan Pas Kelantan belum terjawab. Antara ialah kegagalan membekal air biar pun 21 tahun Pas memerintah, kegagalan menjawab isu penyerahan ladang rakyat kepad golonagn bukan bumiputera, penipuan pemberian balak tanpa mendapat kelulusa jabatan Alam Sekitar, penyalahan kuasa menentunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Sikap pemimpin Pas kelatan yang tidak buat kerja dan turun kebawah, isu bazar tok guru yang menyebabkan kerajaan negeri rugi lebih RM50 juta, isu masalah perpindahan 415 peniaga ke bazar tok guru kerana tidak menepati janji pilihanraya umum 2008 dan banyak lagi.
www.kelatekito.net melihat Nik Aziz lebih banyak liabilitinya kepada Pas jika dibandingkan dengan Abdul Hadi, Nik Aziz lebih lama memegang jawatan Menteri Besar iaitu 20 tahun berbanding Abdul Hadi memjadi presiden pada 2002. Benarkah ada udang disebalik batu oleh Nik Aziz untuk jatuhkan Abdul Hadi kerana Abdul Hadi dianggap kumpulan Erdogen.
Kalau Abdul Hadi Tidak lagi menjadi Presiden sepatutnya beliau perlu diletakkan sebagai Mursyidul AmPas bagi menghargai jasanya, Persolannya sanggupkah Nik Aziz melepaskan jawatan itu? Jika tidak terbuktilah ada siapa dalang dan motif menjatuhkan Abdul Hadi.
KELATEKITO.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular