Ini dia Papa Orang Utan "pejuang kebebasan Sarawak".......

Riuh sehari dua ini di blog, facebook dan twitter mengenai gambar panas  berbagai aksi  DJ Radio Free Sarawak Peter John Jaban atau lebih dikenali dengan nama "Papa Orang Utan".

Kawan kepada Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sudah lama melarikan diri dari Sarawak dan tinggal di London.
Di sana, "Papa Orang Utan" mengendalikan stesen radio yang beroperasi secara rahsia itu yang di siarkan dua kali sehari
Siaran radio ini tidak habis-habis memburukkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan  kerajan BN
Antara yang paling kerap didengar adalah kemiskinan dan kesengsaraan kaum bumiputra berikutan Hak Tanah Adat Bumiputra Sarawak (NCR), dirampas kerajaan.
Kalau kita tengok gambar-ganbar "Papa Orang Utan" yang banyak tersebar di internet itu, kita boleh nilai sendiri moral orang yang kononnya mahu memperjuangkan kebebasan rakyat Sarawak.
Bukan soal perlu jadi "ustaz" untuk perjuangkan kebebasan tapi kalau tinggal  di London dan nampak baik  punya enjoy, siang malam pagi petang , timbul soalan siapa yang bayai?
Juga apa pula kepentingan pihak yang membiyai kegiatan menentang yang dibentuk oleh rakyat ini?
Sementara itu, pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dipetik media berkata siasatan terhadap radio Free Sarawak telah pun bermula.
"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai peyebaran pembohongan berniat jahat, isu  membabitkan  perpaduan dan keharmonian kaum," katanya.
Hishammudin bagaimana pun berkata, pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan sisatan masih berjalan.
Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata Akta itu boleh digunakan jika individu disebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.
Menurut carian di internet, selain "Papa Orang Utan"  tenaga penting disebalik  radio itu ialah  Clare Rewcastle Brown.
Brown adalah warga negara Britain yang dilahirkan di Sarawak. Sejak Tahun 1983 merupakan wartawan BBC.
Kenyataan di media Britain pada 23 Februari lepas yang menyatakan Clare Rewcastle Brown adalah ipar kepada bekas perdana Menteri Britain, Gordon Brown, yang bertanggungjawab terhadap RFS dan bolg Sarawak spot
Dipercayai, kos operasi radio dan blog propaganda itu dibiayai  dari dana untuk demokrasi  dari luar negara.
Selain kerja "Papa Orang Utan" ini memburuk-burukan Malaysia beliau juga merupakan ahli Malaysia Civil Liberties Morment, sebuah NGO yang berpengkalan di London dan diasaskan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular