Berkemeja BERSIH: 2 ADUN,12 ahli DAP, PKR ditahan

Empat belas aktivis politik pagi ini di tahan di Sungai Siput (U), Perak ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebeuah pasar.


Semuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memakai kemeja T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'ubah' pada waktu kejadian.


Aktivitis ini mula mengunjungi pasar berkenaan kira-kira jam 9.00 pagi.tetapi pihak polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.


12 daripada mereka adalah ahli DAP dan dua DUN lagi ahli PKR.


Antara mereka yang dicekup polis itu ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausaha politik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.


Ketika dihubungi, Leong mengesahkan beliau ditahan tetapi belum diberitahu di bawah akta atau undang-undang mana mereka di tangkap. "Kami di beri tahu polis mendapat arahan daripada 'pihak atasan' untuk tangkap sesiapa saja yang memakai kemeja T BERSIH," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular